SteelSeries Apex M570 Dilancarkan – Papan Kekunci Mekanikal Dengan Kerangka Aluminim
Adakah anda mahukan papan kekunci yang tahan lasak dan boleh digunakan bertahun lamanya? Sekiranya ya kami amat menyarankan penggunaan papan kekunci mekanikal. SteelSeries Apex M570 ialah sebuah lagi papan kekunci mekanikal yang dilancarkan hari ini. Ia mempunyai kerangka yang diperbuat daripada aluminium kelas aeronautik.
Apex M570 turut menggunakan suis QX2 buatan Steelseries. Ini berbeza dari suis Cherry MX yang digunakan oleh mereka sebelum ini. Sokongan lampu RGB disertakan dengan perisian Steelseries Engine. Perisian ini membolehkan pengguna melakukan kustomasi warna yang dipaparkan pada kekunci. SteelSeries Apex M570 dijual pada harga $140 (~RM 601) sebuah.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w8D0Hy
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment