Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pilu… Ibu Tunggal Maut Digilis Lori Tanah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pilu… Ibu Tunggal Maut Digilis Lori Tanah


DUNGUN: Seorang ibu tunggal maut selepas digilis lori tanah di Persimpangan Che Lijah, Jalan Dungun-Bukit Besi di sini, pagi tadi.

Marini Ismail, 53, yang tinggal di perumahan Taman Rakyat Jaya di sini, cedera parah di kepala dan meninggal di tempat kejadian kira-kira jam 10.20 pagi tadi.

Lori tanah terbabit dikatakan berhenti di simpang tiga manakala mangsa yang menunggang motosikal berada di belakang.

Pemandu lori itu dipercayai terkejut melihat kehadiran sekumpulan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengadakan sekatan jalan, lalu mengundurkan kenderaannya.

Tindakannya itu membuatkannya melanggar motosikal ditunggang mangsa sebelum menggilis wanita malang itu.

Orang ramai yang berada berhampiran bergegas untuk membantu, namun mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub, ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

“Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Dungun untuk proses seterusnya,” katanya.

Difahamkan, pemandu lori berkenaan sudah membuat laporan polis.

Ahmad Zailani berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan sehingga menyebabkan kematian. – BH Online


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vCRD4v

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.