Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tercampak sebelum di gilis beberapa kenderaan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tercampak sebelum di gilis beberapa kenderaan

Tercampak sebelum di gilis beberapa kenderaan|Satu kemalangan telah berlaku di Kilometer 26.9 dari Kulai menghala ke Senai mengakibatkan seorang penunggang motosikal maut mengenaskan.

Kemalangan tersebut mengakibatkan trafik bergerak perlahan.Kejadian tersebut juga disahkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Mangsa dikenali sebagai Moh Halmi Bin Haroon 53 tahun beralamat jalan bunga pekan 83000 batu pahat johor yang juga merupakan seorang kontraktor.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Razak Md Said berkata, kejadian 9.30 pagi itu mengakibatkan mangsa,maut di tempat kejadian.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang BMW S1000RR hilang kawalan dan gagal mengelak kereta yang bergerak di lorong sebelah kanan jalan menghala ke Johor Bahru.

“Mangsa melanggar tepat bahagian belakang kereta dan tercampak ke lorong sebelah kiri jalan,” katanya.

Mangsa kemudiannya dipercayai digilis oleh beberapa kenderaan tidak diketahui yang melalui jalan itu menyebabkan mayat mangsa hancur.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kulai,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kes masih dalam siasatan polis.

The post Tercampak sebelum di gilis beberapa kenderaan appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wP3rzk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.