Pipi tertusuk batang kayu dipukul suami
Pipi tertusuk batang kayu dipukul suami|Kuala Lumpur: Suri rumah cedera akibat tertusuk batang kayu penyapu di pipi kiri selepas dipukul suami ketika mereka bertengkar di kediaman pasangan itu di apartmen Centerpoint, Batu Caves, di sini, jam 9.30 pagi Sabtu lalu.
Mangsa yang berusia 28 tahun dibawa ke Hospital Selayang dan menerima dua jahitan.
Sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila suami mangsa yang berusia 31 tahun pulang ke rumah selepas semalaman menghilangkan diri.
“Mangsa bertanya kepada suaminya ke mana dia pergi. Lelaki terbabit yang berang mengambil batang penyapu lantas memukul mangsa dan anak mereka.
“Mangsa mendakwa suaminya merampas telefon bimbit dan kad pengenalannya bagi menghalang dia keluar rumah,” katanya, semalam.
The post Pipi tertusuk batang kayu dipukul suami appeared first on Eberita.org.
✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u2yutJ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment