Razer Base Station Chroma Dilancarkan – Pemegang Fon Kepala Merangkap Hab USB
Penggunaan audio binaural membolehkan pemain berada benar-benar di dalam dunia permainan video. Untuk menikmati audio ini, pemain disarankan untuk menggunakan fon kepala. Razer baru sahaja melancarkan fon kepala Tiamat mereka dua minggu yang lalu dan kini mereka melancarkan pemegang fon kepala Razer Base Station Chroma. pula.
Pemegang fon kepala ini unik kerana menyokong sistem lampu Chroma yang mampu memaparkan lebih 16 Juta warna. Kelipan dan warna lampu boleh dikustomasi oleh pengguna. Ia turut boleh dipadankan dengan kerdipan pada tetikus, pad tetikus dan papan kekunci Razer yang menyokong sistem Chroma. Pada waktu yang sama ia turut hadir dengan hab USB terbina. Tiga port USB-A 3.0 disertakan bagi membolehkan pelbagai aksesori digunakan. Razer Base Station Chroma akan mula dijual pada suku ke-tiga 2017 pada harga $59.99 (~RM 257) sebuah.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uFeDkF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment