Seorang pemandu GrabCar disekat sementara daripada operasi
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menyekat seorang pemandu Grab daripada operasi e-hailing sementara menunggu hasil siasatan polis berhubung dakwaan pemandu berkenaan telah menyerang seorang penumpang remaja.
Selain menghalangnya daripada beroperasi, sekatan itu juga bertujuan mengelakkan beliau daripada berpindah ke sistem aplikasi e-hailing yang lain demi memastikan keselamatan penumpang sentiasa diutamakan, kata SPAD dalam kenyataan di sini hari ini.
"SPAD tidak akan bertolak ansur dengan sebarang perbuatan jenayah atau salah laku oleh pemandu dan pengendali pengangkutan awam darat.
"Suruhanjaya akan memastikan tindakan segera diambil bagi membasmi salah laku itu," katanya. - Bernama
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vEcsuC
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment