SoundCloud Menghampiri Jualan Sebahagian Pegangan Kepada Temasek
Temasek merupakan salah satu badan pelaburan Singapura yang sedia melabur pada sejumlah syarikat teknologi. Terkini, ia dilaporkan SoundCloud menghampiri jualan sebahagian daripada pegangan syarikat kepada Temasek Holdings.
SoundCloud ingin menjual sebahagian pegangan mereka kepada Raine Group yang mana pernah melabur pada Vice Media sebelum ini, dan juga Temasek Holdings. Dengan langkah ini, ia akan menstabilkan lagi syarikat penstriman muzik berkenaan.
SoundCloud mempunyai lebih kurang 175 juta pengguna seluruh dunia – termasuk daripada pelbagai artis, DJ, penerbit podcast dan sebagainya. Walaubagaimanapun, perkhidmatan berkenaan menghadapi cabarna untuk menjana wang melalui perkhidmatan penstriman mereka.
Sebelum ini, SoundCloud pernah melihat untuk menjual syarikat mereka kepada pihak lain, tetapi ia tidak menghasilkan keputusan yang diinginkan. SoundCloud juga sebelum ini telah mengurangkan seramai 40% pekerja mereka, selain menutup beberapa pejabat.
Berkemungkinan dengan penjualan pegangan ini, mereka akan mempunyai dana untuk terus beroperasi, dan memikirkan kaedah untuk menjana wang melaluinya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w570Rm
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment