Tolak soalan 1MDB, wakil rakyat PKR heret Pandikar ke mahkamah
Tindakan Speaker itu melanggar hak kebebasan di Dewan Rakyat, kata Hee Loy Sian.
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian hari ini bertindak mengheret Speaker dan setiausaha Dewan Rakyat ke mahkamah kerana menolak soalannya berkaitan 1MDB.
Hee memohon pengisytiharan mahkamah supaya keputusan Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak soalan berkaitan 1MDB pada 21 Julai adalah batal dan tidak sah.
Soalan Hee adalah mengenai sama ada kerajaan membuat sebarang bantahan terhadap Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat dalam usahanya merampas beberapa aset mewah berkait wang yang didakwa dilarikan daripada 1MDB, di samping soalan mengenai status kerakyatan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low yang dikaitkan dengan skandal syarikat milik Kementerian Kewangan itu.
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uUuDh6
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment