Walaupun Zahid bukan keturunan Melayu, saya tanya mana dapat RM230 juta? tapi jawapan tak jelas
KITA boleh tahu kaum seseorang di Malaysia dengan nama mereka, bagi orang keturunan India yang beragama Hindu, masalah yang timbul ialah ramai mereka mempunyai nama yang sama.
Di zaman British pekerja keturunan India dengan nama yang sama diberi nombor. Demikian “Maniam 1”, “Maniam 2” dan seterusnya.
Apabila Malaysia merdeka cara nombor ini dianggap menghina. Dengan itu nama bapa ditambah dan perkataan anak lelaki (a/l) atau anak perempuan (a/p) mengganti perkataan “bin” dan “binti” yang diguna dalam nama Melayu.
Orang India Muslim tidak perlu guna “a/l” atau “a/p” kerana nama mereka biasanya mempunyai dua perkataan dan jarang sama antara mereka.
Tidak ada orang keturunan India Muslim yang bernama “Sipolan a/l Sipolan”.
Nama seperti yang disebut oleh Zahid Hamidi tidak ada. Jika kad pengenalan lama itu menyebut nama yang dikatakan ialah nama saya dahulu, sila tunjuk kad itu untuk diperiksa oleh pakar akan kesahihan dakwaan Zahid.
Sebenarnya kad lama tidak pernah saya serah balik kepada pendaftar apabila kad baru dikeluar.
Berkenaan dengan Melayu mudah lupa, walaupun Zahid bukan keturunan Melayu, sudahkah Zahid lupa deklarasi harta yang dibuat olehnya kepada saya sebagai Perdana Menteri apabila ia dilantik Ketua Pemuda Umno.
Apabila saya tanya dari mana ia perolehi 230 juta Ringgit yang ada dalam akaunnya, jawapannya kurang jelas. Jikalau ia boleh ingat, jelaslah dari mana ia perolehi wang yang begitu banyak.
***Tun Dr Mahathir Mohamad ialah Pengerusi Pakatan Harapan dan bekas Perdana Menteri
Sumber: Sinar Harian
Sumber Walaupun Zahid bukan keturunan Melayu, saya tanya mana dapat RM230 juta? tapi jawapan tak jelas
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tWQkKg
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment