Xperia Touch Yang Mengubah Sebarang Permukaan Menjadi Skrin Sentuh Berharga RM5999 Di Malaysia
Pada acara MWC awal tahun ini, Sony telah memperkenalkan sebuah projektor yang dinamakan sebagai Sony Xperia Touch. Menariknya, ia bukan hanya sekadar projektor biasa yang membolehkan anda menonton kandungan media melaluinya, tetapi ia turut hadir dengan sistem operasi Android yang membolehkan anda memancarkan ia ke mana-mana permukaan, dan berinteraksi menggunakannya.
Ia secara tidak langsung membolehkan anda mengubah sebarang permukaan kepada skrin sentuh dengan mudah. Ia membolehkan anda memancarkan skrin sehinga bersaiz 23-inci menggunakannya. Lebih daripada satu pengguna turut boleh berinteraksi dengan imej yang dipancarkan – sekaligus menjadikan ia sesuai untuk digunakan untuk tujuan bermain bersama ahli keluarga atau rakan-rakan, serta pelbagai aktiviti lain.’
Tetapi, sekiranya anda ingin membuat pancaran untuk sekadar menonton media, Xperia Touch menyokong paparan sehingga saiz 80-inci. Ia turut hadir dengan speaker stereo terbina bagi memudahkan anda menikmati video pada kualiti yang baik.
Memandangkan ia hadir daripada Sony, pengeluar tersebut turut mengintegrasikan Xperia Touch dengan PlayStation 4 untuk menyokong Remote Play.
Disamping itu, Sony turut membolehkan pengguna memasang pelbagai aplikasi Android padanya, serta menggunakan kamera 13-megapixel yang disertakan untuk tujuan panggilan video.
Di Malaysia, Sony telah menyenaraikan ia pada harga RM5999.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uh1Y29
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment