Hi! Welcome Back and Stay Tune! 11 Artis Popular Di Konsert Panggung Anniversari - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

11 Artis Popular Di Konsert Panggung Anniversari

Seramai 11 artis bakal membuat persembahan dalam Konsert Panggung Anniversari Gemilang 50 Tahun sempena penganjuran Festival Kesenian Antarabangsa Kuala Lumpur 2017.

Konsert anjuran Yayasan Artis 1Malaysia dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan DiverseCity ini turut diadakan sempena ulang tahun ke-50 Panggung Anniversari.

Pengurus Besar Biro Pelancongan Kuala Lumpur, Khairul Anuar Mhd. Juri berkata, Panggung Anniversari merupakan lokasi popular penganjuran konsert pada era 80-an dan 90-an.

“Saya berharap konsert ini dapat menaikkan semula nama Panggung Anniversari kepada rakyat Malaysia yang pernah popular suatu masa dahulu,” ujarnya.

Ia akan diadakan pada 30 September ini.

Beliau ditemui sewaktu sidang media konsert berkenaan di Menara DBKL 1, di sini, Isnin.
Hadir sama Presiden, Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) Datuk DJ Dave dan Datuk A Rahman Hassan

Tambahnya lagi, semua persembahan pada konsert itu akan diiringi oleh Orkestra Kuala Lumpur.
Antara artis yang terlibat ialah Datuk DJ Dave, Datuk M. Nasir, Datuk Awie, Datuk Zainal Abidin, Datuk A. Rahman Hassan, Zamani, Siti Sarah, Khai Bahar, Azharina, Khalifah dan Masdo.

Konsert percuma yang akan diadakan pada 30 September tidak mengenakan sebarang bayaran.
Ia bermula pukul 8.30 malam dan akan dikendalikan oleh Faizal Ismail dan Fara Fauzana.

Sementara itu, Festival Kesenian Antarabangsa Kuala Lumpur turut menampilkan acara-acara lain yang berkaitan dengan seni tari, muzik, teater dan kesusasteraan.

Ia telah bermula sejak 31 Ogos lalu dan bakal berakhir pada 1 Oktober depan.

The post 11 Artis Popular Di Konsert Panggung Anniversari appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hskUu8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.