Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘AHLI UMNO JANGAN JATUHKAN RAKAN DALAM PARTI’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘AHLI UMNO JANGAN JATUHKAN RAKAN DALAM PARTI’

TAWAU – Ketua Bahagian Umno Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh mengingatkan ahli Umno supaya tidak mengamalkan budaya menjatuhkan rakan dalam parti semata-mata ingin dicalonkan pada PRU14.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kalabakan berkata anggota yang berhasrat menjadi calon perlu bekerja keras dan turun padang mendekati rakyat daripada menjatuhkan dan memfitnah rakan seperjuangan dalam parti.

“Bekerja keras dekati rakyat, ini adalah antara kriteria calon yang dinilai oleh pucuk pimpinan parti Presiden Parti Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

“Bukannya menghasut dan memburuk-burukkan orang lain,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, Ghapur turut kesal dengan tindakan seorang individu di Kampung Mentadak Baru, Pulau Sebatik memasang papan tanda penuh pelbagai dakwaan negatif ke atas Adun Sebatik, Datuk Abdul Muis Picho.

Ghapur berkata, dakwaan yang dilemparkan itu sebagai tidak berasas dan bermotifkan agenda peribadi.

– Bernama

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xPUupN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.