Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemandu hilux langgar atlet negara serah diri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemandu hilux langgar atlet negara serah diri

Pemandu kenderaan pacuan empat roda yang merempuh sekumpulan atlet berbasikal di Lebuh Raya Kuala Lumpur – Kuala Selangor (LATAR) pagi tadi sudah tampil membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ruslan Abdullah, berkata lelaki berusia 46 yang beralamat di Pahang itu, membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Baru Subang.

“Dia akan dibawa ke Balai Trafik Kuala Selangor untuk siasatan lanjut. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Difahamkan lelaki itu membuat laporan polis kira-kira jam 3.45 petang tadi, sebelum lelaki itu ditahan oleh anggota dan pegawai Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor kira-kira jam 5.30 petang.

Dalam kejadian di KM12.6 Lebuhraya LATAR itu, dua atlet berbasikal Paralimpik negara mengalami kecederaan serius selepas mereka dan dua lagi atlet berbasikal serta jurulatih, Johari Mohd Nayan, dirempuh kenderaan pacuan empat roda.

Baca artikel sebelum: Retak tulang, cedera tulang belakang: Atlet paralimpik sedang dalam latihan jadi mangsa langgar lari di Lebuhraya Latar

Mereka dipercayai sebahagian daripada tujuh pelumba yang menjalani latihan dari Kuala Selangor dan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Dua atlet Paralimpik itu adalah Mohd Khairul Hazwan Wahab dan Khairul Nizam Mohd Ali manakala dua pemandu depan (pilot rider) adalah Mohd Ridzuan Zainal dan Syafiq Suhaimy.

Sumber: BH Online



Sumber Pemandu hilux langgar atlet negara serah diri

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xdCkRS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.