Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lima Perkara Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Global Hari Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lima Perkara Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Global Hari Ini

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam sesi awal pasaran Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menjadi perhatian pemain pasaran hari ini ialah:

1. Fokus utama pasaran hari ini adalah kepada penetapan polisi monetari European Central Bank (ECB) pada pukul 7.45 malam. Selepas itu, pasaran akan menumpukan pula kepada sidang media Presdien Draghi 45 minit selepas itu untuk mendapatkan sebarang isyarat tentang bila dan bagaimana bank pusat akan mula mengurangkan pembelian bon dalam program pelonggaran kuantitatif (QE).

2. Ribut Irma sedang menuju Florida di mana pemain pasaran bimbang kerana Irma di klasifikasikan sebagai antara lima ribut taufan terkuat sejak 80 tahun lalu. Ribut yang berkategori 5 ini telah menghentam Puerto Rico dan beberapa pula kecil di Carribbean pada lewat Rabu.

Pusat ribut US menjangka Irma akan sampai ke Florida pada petang Ahad dan sebagai kesan langsung akan mengganggu pasaran komoditi seperti gasolin dan jus oren.

3. Fischer mengumumkan perletakan jawatan beliau yang akan berkuatkuasa pada pertengahan Oktober. Hal ini dilihat sebagai peluang kepada Presiden Trump untuk membentuk semula halatuju bank pusat. Fischer sebelum ini pernah mengkritik di mana beliau mengatakan usaha kerajaan Amerika Syarikat untuk melonggarkan regulasi perbankan adalah “merbahaya” pada 16 Ogos lepas. Tambahnya, terdapat isyarat yang buruk untuk kembali kepada krisis kewangan 2008.

4. Presiden Trump dan pemimpin Kongres bersetuju untuk melanjutkan had hutang kerajaan US sehingga Disember. Trump memeterai perjanjian dengan Demokrat di Kongres untuk menaikkan had hutang Amerika dan memberikan pembiayaan kepada kerajaan sehingga 15 Disember.

5. Tumpuan pasaran komoditi hitam hari ini terarah kepada data inventori minyak mentah US yang akan dikeluarkan pada pukul 11 malam Khamis. Pasaran menjangkakan inventori US untuk minggu lalu di paras 4.1 juta tong.

The post Lima Perkara Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Global Hari Ini appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2eJBbGq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.