Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dera Anak, Bapa Dipenjara Sepuluh Tahun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dera Anak, Bapa Dipenjara Sepuluh Tahun



KUALA LUMPUR: Berikutan perbuatan mendera anak kandungnya sehingga patah paha kiri selain kesan lebam di badan, seorang bapa dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen pada Khamis.

Hakim Noradura Hamzah menjatuhkan hukuman itu terhadap Tan Keng Thong, 27, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan dengan sengaja melakukan penderaan terhadap anak lelakinya berusia lima tahun sembilan bulan sehingga menyebabkan mangsa patah paha kiri dan lebam di bahagian lengan dan badan.

Dalam keputusannya, hakim berkata sebagai bapa, tertuduh telah gagal menjalankan tanggungjawabnya untuk memastikan kesejahteraan dan keselamatan anaknya dan bukan mendera kanak-kanak itu.Mahkamah memerintahkan Tan yang bekerja sebagai penjual nasi ayam menjalani hukuman penjara berkuat kuasa hari ini.

Tan didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Burung Enggang, Taman Bukit Maluri, Sentul di sini, pada 9 malam hingga 9.30 malam, 13 Jun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh, yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman ringan dengan alasan dia penanggung utama keluarga serta ini kesalahan pertama kali.

“Saya berasa sedih melihat keadaan anak saya (patah paha kiri dan lebam di bahagian lengan dan badan ) dan saya berjanji tidak akan mengulangi kesalahan ini lagi, saya mahu menjaga anak saya kembali,” rayunya sambil menangis teresak-esak di kandang tertuduh.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Farith Muhd Faizal bagaimanapun memohon hukuman penjara berdasarkan tahap cedera kanak-kanak itu serta gangguan emosi dan perasaan mangsa berikutan kejadian berkenaan.

Mengikut fakta kes, pengadu, seorang doktor di Hospital Selayang membuat laporan polis selepas mengesyaki kanak-kanak itu menjadi mangsa dera berdasarkan kecederaan yang dialami kanak-kanak itu.- Bernama



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2f7g6WY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.