Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mahasiswa Digalak Sertai Myagrosis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mahasiswa Digalak Sertai Myagrosis



KUALA LUMPUR – Golongan mahasiswa yang meminati bidang keusahawanan disaran merebut peluang mendapatkan pembiayaan permulaan perniagaan daripada RM10,000 sehingga RM50,000 di bawah program Kelab Usahawan Siswazah Tani (Myagrosis).

Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata pembiayaan tanpa faedah dan cagaran itu diberikan kepada siswazah yang mahu menjadikan agropertanian sebagai sumber pendapatan utama di bawah program pembiayaan Mikro MyAgrosis Agropreneur Muda.

“Mereka juga boleh mendapat laluan mudah untuk mendapat pinjaman daripada Agro Bank dan Tekun Nasional untuk membesarkan perniagaan mereka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Keusahawanan Chillax MyAgrosis dan My Best Buy di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di sini hari ini.

Badruddin berkata sejak 2015 hingga Julai tahun ini seramai 63 penerima telah mendapat pembiayaan tersebut melibatkan kira-kira RM2 juta.

Katanya, skop pembiayaan merangkumi sektor pertanian dan industri asas tani seperti pengeluaran, tanaman, ternakan, perikanan dan pemasaran dalam bentuk kemudahan dan peralatan serta modal pusingan perniagaan.

Selain pembiayaan, mereka yang menyertai program Myagrosis juga diberikan latihan dan maklumat mengenai perniagaan agropertanian seperti akuakultur, buah-buahan, input pertanian, ekopelancongan, florikultur, herba dan kesihatan, industri asas tani, perkhidmatan makanan, tanaman dan ternakan.

Sehingga kini keanggotaan Kelab Myagrosis adalah seramai 31,379 orang di 105 institut pengajian tinggi merangkumi universiti awam, institut latihan pertanian, politeknik, kolej vokasional dan institusi pengajian tinggi swasta.

Kelab Myagrosis dibangunkan pada tahun 2011 bertujuan melahirkan usahawan muda yang berdaya saing dan maju dalam sektor pertanian. – BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2j6jfe1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.