Allahuakhbar!! Inilah Akibat Orang Yang Gemar Sujud Dan Rukuk Lama-lama
Anda mungkin yang pernah pergi ke tanah suci hairan dengan lamanya rukuk dan sujud dalam solat di sana.
Tentunya, melamakan rukuk dan sujud itu bukan tanpa alasan, tapi berdasarkan sandaran dari tuntutan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, baca hadis berikut ini:
Suatu hari Abdullah bin Umar radhiallahu anhuma melihat seorang pemuda sedang solat, dia memanjangkan solatnya dan melamakannya, maka beliau bertanya: siapa yang tahu orang itu? Maka ada yang menjawab: saya.
Beliau pun mengatakan: seandainya aku mengenalnya, tentu aku akan menyuruhnya untuk memanjangkan rukuk dan sujudnya, kerana aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Sungguh, jika seorang hamba berdiri untuk solat; semua dosanya didatangkan, dan diletakkan di atas bahunya. Maka setiap kali dia rukuk dan sujud, dosa-dosa tersebut menjadi berjatuhan.” (Lihat Silsilah sahihah: 1398, sanadnya sahih)
Ternyata semakin lama kita rukuk dan sujud, semakin banyak dosa kita yang diampuni, tidakkah Anda ingin dosanya banyak diampuni? Maka lamakanlah rukuk dan sujud Anda. Silahkan disebarkan, semoga bermanfaat.
Dari hadis di atas, dapat di ambil kesimpulan bahawa semakin lama rukuk dan sujud, maka akan semakin banyak dosa yang akan dilepaskan dari diri manusia. Ternyata tidak hanya dari segi agama saja gerakan yang lama dan khusyuk ini memberikan manfaat. Dari segi kesihatan pun, terbukti memperlama gerakan rukuk dan sujud juga memiliki manfaat besar.
Rukuk menjadi salah satu gerakan yang ternyata memiliki banyak manfaat bagi kesihatan manusia. Rukuk yang sempurna seperti di lihat apabila kita meletakan gelas di punggung maka tidak akan tumpah sebab antara kepala dan tulang belakang atau punggung sejajar.
Selain itu, posisi rukuk yang sempurna ini juga bermanfaat untuk menjaga kesempurnaan posisi punggung sebagai penahan tubuh dan pusat saraf dan posisi jantung sejajar dengan otak sehingga bahagian tengah badan kita boleh mengalirkan darah dengan sempurna.
Posisi tangan tertumpu pada lutut ini sangat bermanfaat untuk merelaksasikan pada otot-otot bahu sampai ke bawah. Menurut penelitian posisi rukuk ini juga sangat bermanfaat untuk melatih urin sehingga terhindar dari penyakit prostat.
Sementara itu, sujud juga menjadi gerakan dalam solat yang memiliki banyak manfaat bagi kesihatan manusia. Menongeng dengan meletakkan kedua tangan, lutut, hujung kaki dan dahi pada lantai. Posisi sujud ini berguna juga untuk mengepam saluran darah ke bahagian leher dan ketiak. Posisi jantung di atas otak menyebabkan daerah ini kaya dengan kandungan oksigen yang boleh mengalir secara maksimal ke otak.
Aliran tersebut sangat berpengaruh terhadap daya fikir seseorang. Oleh sebab itu, ada baiknya melakukan sujud dengan tuma’ninah, yakni tidak tergesa-gesa agar darah mencukupi kapasitinya ke otak. Posisi yang demikian ini menghindarkan seseorang dari gangguan sawan. Khusus bagi wanita baik rukuk mahupun sujud memiliki manfaat luar biasa bagi kesuburan dan kesihatan organ kewanitaan.
Demikianlah ulasan mengenai faedah di sebalik lamanya rukuk dan sujud dalam solat. Jika ingin dosa berguguran, maka lakukan anjuran Rasulullah ini. Semoga kita selalu menjadi hamba Allah yang selalu beriman dan beramal solat. Insya Allah
[Ustadz Musyaffa Ad Dariny, MA]
Sumber: SuaraMedia
✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yfgt97
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment