Hi! Welcome Back and Stay Tune! Alyah Tidak Putusi Doa Dapat Anak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Alyah Tidak Putusi Doa Dapat Anak

BIARPUN sudah hampir lima tahun mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ramli MS, Datin Alyah tidak pernah berhenti berdoa untuk dikurniakan zuriat sendiri.

Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 36, berkata dia akan memujuk hatinya dengan menonton video ceramah daripada Ustaz Kazim Elias yang membicarakan mengenai rezeki anak.
“Alhamdulillah, kehidupan rumah tangga saya berjalan dengan baik. Saya faham bila ada orang tanya tentang anak.

“Tapi saya tak pernah berputus asa berdoa untuk dikurniakan anak. Setiap kali nak pujuk hati saya akan tengok video ceramah Ustaz Kazim.

“Kata Ustaz, ada sebab kenapa Allah masih belum bagi rezeki anak kepada kami. Sejak kahwin sampai sekarang saya selalu berfikir positif,” kata Alyah.

Menurut Alyah, ada yang ingin memberi anak angkat kepadanya namun dia mempunyai tanggungjawab yang perlu diutamakan.

“Ramai yang ingin beri anak angkat tetapi saya ada tanggungjawab yang banyak.
“Dua anak angkat juga sudah besar dan kini tinggal di asrama dan belajar di sekolah menengah,” katanya.

Alyah mempunyai dua orang anak angkat iaitu Mohd. Alif, 13, dan Naziatul Afiqah, 7.

Dalam perkembangan nyanyian, Alyah kini muncul dengan lagu duet bersama penyanyi Farawahida berjudul Mengapa Harus Aku.

“Awal kemunculan dulu saya pernah berduet dengan penyanyi lelaki iaitu Riz (AF6) menerusi lagu Ku Pinjam Satu Bintang.

“Selepas itu, saya pasang impian berduet dengan penyanyi wanita pula dan mencari yang secocok dengan suara dan akhirnya saya memilih Farawahida,” ujarnya.

Sementara itu, pemilihan Farawahida adalah disebabkan penyanyi tersebut memilik suara yang berbeza daripadanya.

Malah, penyanyi lagu Sesal Separuh Nyawa ini membuat kajian mengenai Farawahida sebelum menawarkan lagu tersebut.

“Saya pilih Farawahida sebab dia memiliki suara yang berbeza daripada saya. Malah suara dia juga sesuai untuk berduet bersama.

“Sebelum itu saya kaji juga dia. Bukan nak kata kita ini bagus tapi nak tahu sesuai ke tidak. Dia ada kelaianan, jadi orang boleh tahu perbezaan suara kami,” kata Alyah.

The post Alyah Tidak Putusi Doa Dapat Anak appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xp251g

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.