Anda Mahu Perhubungan Atau Kualiti - Masing
KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing mendedahkan pembinaan jalan menerusi projek jiwa murni adalah lebih murah berbanding jalan R3 di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR).
Menurutnya, projek jiwa murni biasanya dibina dengan kos RM3,000 setiap kilometer manakala jalan R3 antara RM10,000 hingga RM15,000 sekilometer.
"Anda mahu perhubungan (jalan) atau kualiti...jika mahu perhubungan projek jiwa murni yang perlu dibina dan jika mahu kualiti ia akan memakan masa kerana kos yang agak tinggi," katanya.
Beliau yang juga Menteri Pengangkutan dan Pembangunan Infrastruktur berkata, hanya pengguna kenderaan ringan sahaja yang dibenarkan untuk melalui jalan di bawah projek jiwa murni.
"Teknik membina jalan ini (projek jiwa murni) sekarang lebih baik dan berubah. Kita akan lebih tegas dengan kenderaan yang melalui jalan ini termasuk membina gantri.
"Jika ada kenderaan berat melanggarnya (gantri), kita akan membina semula sehingga mereka (pengguna) mematuhi peraturan," ujarnya.
Masing menegaskan, lori balak sepatutnya tidak melalui jalan di bawah projek jiwa murni kerana ia adalah untuk orang awam.
"Syarikat pembalakan sepatutnya membina jalan sendiri dan bukannya menggunakan jalan ini," jelasnya.-Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2j4BFf8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment