Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apa Itu Cinta kembali - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apa Itu Cinta kembali

Selepas meraih lebih 538,673 jangkauan penonton di Facebook, program Suria FM, Apa Itu Cinta kembali menghiburkan pendengar setia stesen radio itu menerusi siaran musim kedua.

Apa Itu Cinta di bawah kelolaan penyampai radio DJ Lin itu program bual bicara yang membincangkan kisah cinta selebriti popular tanah air bersama pasangan mereka.

Program ini bersiaran selama satu jam secara langsung laman Facebook Suria Malaysia setiap Rabu, jam 10 malam.

Siaran pertama musim kedua Apa Itu Cinta ke udara pada 6 September lalu bersama penyanyi Hafiz Hamidun yang berkongsi pendapatnya mengenai percintaan.

Penyanyi itu kini menjadi bualan hangat ramai berikutan kontroversi perkahwinannya dengan usahawan kosmetik Joy Revfa.

Pengurus Kanan Pengurusan Penjenamaan dan Digital Suria Shahida Azad Jamaludin berkata, musim pertama Apa Itu Cinta mendapat sambutan memberangsangkan dan masih mempunyai ramai penonton mengulang program itu di laman web Suria FM.

“Sudah tentu kami mengharapkan sokongan dan sambutan yang sama daripada pendengar setia untuk musim kedua Apa Itu Cinta”, katanya.

Menurutnya, secara keseluruhan, musim pertama program itu meraih lebih 200,000 tontonan dan 1.5 juta jangkauan penonton di Facebook dan YouTube.

“Berdasarkan sambutan ini, program berkenaan sudah mempunyai tempat tersendiri di hati pendengar setia Suria FM. Kami pasti pendengar ingin mendengar kisah percintaan daripada pasangan selebriti kegemaran untuk musim kali ini,” katanya.

Semalam, penyanyi terkenal Tajul dan Wany Hasrita hadir di studio untuk berkongsi mengenai kisah percintaan mereka. Minggu depan giliran Nora Ariffin pula.

Sementara itu, jangan lupa menyaksikan persembahan secara langsung akustik Haqiem Rusli dan Shahrol dalam program Lagu Kecoh.

Program itu mula bersiaran pada kelmarin akan menampilkan persembahan akustik oleh barisan penyanyi popular tanah air di segmen Suria Pagi.

The post Apa Itu Cinta kembali appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ysEWJ8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.