Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apa Sebab Ewal Enggan Nyanyi Lagu Bapa? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apa Sebab Ewal Enggan Nyanyi Lagu Bapa?

Peserta Akademi Fantasia (AF) Megastar iaitu Ewal berkata dia menolak untuk menyanyikan lagu bapanya iaitu bekas vokalis kumpulan Wings, Mel atas sebab-sebab tertentu.

Ewal atau nama sebenarnya, Ikhwan Hafiz Ismail, 25, berkata, dia tidak mahu ada pihak yang akan mempertikaikan kebolehannya menyanyikan lagu kumpulan yang mempunyai nama besar itu.

“Orang akan pertikaian kalau saya bawa lagu Wings kerana Wings merupakan nama besar, sedangkan saya bawa lagu Akim & The Majistret pun orang komen macam-macam.

“Kalau boleh kita elakkan orang beri komen negatif dan saya sendiri akui sukar untuk bawa lagu-lagu rock terutama kumpulan yang mempunyai nama besar seperti Wings,” ujarnya.

Mel pernah menganggotai kumpulan Wings suatu ketika dahulu sebagai vokalis bagi menggantikan Awie yang keluar sementara daripada kumpulan berkenaan.

Dalam konsert AF Megastar Ahad lalu dia menyanyikan lagu nyanyian asal Akim & The Majistret iaitu Potret  dan mendapat undian paling rendah.

Penyanyi tersebut dikatakan kurang memberi persembahan terbaik pada malam tema Rock itu sehingga tersingkir.

Dalam pada itu, Ewal mengakui dia tidak mempunyai jiwa rock, biarpun bapanya seorang penyanyi genre berkenaan.

“Bapa saya seorang penyanyi rock tidak bermakna saya juga boleh jadi penyanyi rock seperti dia. Jiwa saya lebih kepada irama pop.

“Susah nak ubat mentaliti orang yang menyangka saya boleh menyanyi seperti bapa saya juga. Saya ada aliran muzik saya sendiri,” ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang penyingkirannya, Ewal berkata, dia menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka.

Tambahnya, perkara itu tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus mencipta nama dalam industri seni tanah air.

“Saya akan terus mengejar cita-cita dalam bidang ini. Saya percaya rezeki saya akan sampai sama ada lambat atau cepat,” ujarnya.

The post Apa Sebab Ewal Enggan Nyanyi Lagu Bapa? appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wP142R

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.