Berhadapan dengan manusia yang anggap diri, partinya suci: Aiman Athirah jawab
LGBT, Siti Kassim adalah pengundi yang sah, kata Aiman Athirah
MALAYSIA DATELINE - September 25, 2017 7:01
Baru-baru ini telah diadakan program ‘Wanita Penentu Masa Depan Negara’ yang dianjurkan oleh Wanita Pakatan Harapan (PH) Negeri Johor dan program itu telah menjemput ahli panel dari pelbagai latar belakang parti komponen PH.
Dalam sesi soal jawab, seorang hadirin yang telah bangun bertanyakan pendirian berkenaan dengan kehadiran Siti Kassim dalam program ‘Wanita Tolak Politik Toksik’ baru-baru ini yang diadakan di Kuala Lumpur kepada salah seorang ahli panel Aiman Athirah Al-Jundi
Soalan yang diutarakan itu mengejutkan hadirin yang hadir, namun ia telah dijawab oleh Aiman Athirah dengan menyatakan beberapa perkara berkenaan dengan pendirian PH serta Amanah termasuk pendirian berkenaan dengan ‘Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT)’.
“Ada beberapa perkara yang kami tidak bersetuju dengan Siti Kassim serta LGBT, itu adalah pendirian PH dan saya sendiri secara peribadi. Memang perkara ini telah dibahas banyak kali namun kebanyakkan orang yang mahu mencari silap kami tidak memandang perbahasan tersebut.
“Saya mahu jelaskan pada semua, LGBT serta Siti Kassim adalah pengundi yang sah di negara ini dan mereka ada hak untuk bersuara dalam menuntut hak mereka dan jika kita tidak bersetuju kita boleh berbincang bukan dengan harus meminggirkan Siti Kassim bersama rakannya,” kata Aiman Athirah ketika menjawab soalan berkenaan.
Selain itu, Penerangan Wanita PH Nasional itu turut menyatakan gerakan politik ini perlu menerima kepelbagaian dalam menjalankan tanggungjawab agar semua pihak dapat merasakan mereka terbela.
“Sebagai sebuah gerakan politik di negara ini, kita harus menerima pembabitan pelbagai pihak termasuk golongan seperti Siti Kassim bersama rakan-rakannya.
“Sekurang-kurangnya Siti Kassim bersama rakannya mempunyai kesedaran dalam berpolitik walau dia seorang wanita dan bagi saya baguslah Siti Kassim mempunyai kesedaran sedemikian sebagai seorang rakyat di Malaysia.
“Kita harus mengelak dari politik yang merasakan diri kita suci dan tidak pernah berbuat dosa langsung sehingga kita tidak mampu menerima pembabitan orang yang kita rasakan tidak suci seperti kita, kononnya,” Aiman Athirah Al-Jundi.
Siti Kassim (hadapan) ketika bergambar bersama peserta yang hadir dalam program ‘Wanita Tolak Politik Toksit’ yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Siti Kassim atau nama sebenarnya Siti Zabedah Kassim sebelum ini menjadi kontroversi dengan pandangan beliau yang dianggap berlawanan atau bertentangan dengan pelbagai prinsip dan budaya di dalam negara ini.
Beliau juga merupakan aktivis yang sentiasa mencari tempat untuk menyuarakan pandangan berkenaan dengan hak asasi manusia sehingga membuatkan ramai yang kurang senang dengan diri beliau sebelum ini.
MALAYSIA DATELINE - September 25, 2017 7:01
Aiman Athirah Aljundi ketika menjawab soalan hadirin berkaitan Siti Kassim
Dalam sesi soal jawab, seorang hadirin yang telah bangun bertanyakan pendirian berkenaan dengan kehadiran Siti Kassim dalam program ‘Wanita Tolak Politik Toksik’ baru-baru ini yang diadakan di Kuala Lumpur kepada salah seorang ahli panel Aiman Athirah Al-Jundi
Peserta yang mengajukan soalan kepada panel
“Ada beberapa perkara yang kami tidak bersetuju dengan Siti Kassim serta LGBT, itu adalah pendirian PH dan saya sendiri secara peribadi. Memang perkara ini telah dibahas banyak kali namun kebanyakkan orang yang mahu mencari silap kami tidak memandang perbahasan tersebut.
“Saya mahu jelaskan pada semua, LGBT serta Siti Kassim adalah pengundi yang sah di negara ini dan mereka ada hak untuk bersuara dalam menuntut hak mereka dan jika kita tidak bersetuju kita boleh berbincang bukan dengan harus meminggirkan Siti Kassim bersama rakannya,” kata Aiman Athirah ketika menjawab soalan berkenaan.
Selain itu, Penerangan Wanita PH Nasional itu turut menyatakan gerakan politik ini perlu menerima kepelbagaian dalam menjalankan tanggungjawab agar semua pihak dapat merasakan mereka terbela.
“Sebagai sebuah gerakan politik di negara ini, kita harus menerima pembabitan pelbagai pihak termasuk golongan seperti Siti Kassim bersama rakan-rakannya.
“Sekurang-kurangnya Siti Kassim bersama rakannya mempunyai kesedaran dalam berpolitik walau dia seorang wanita dan bagi saya baguslah Siti Kassim mempunyai kesedaran sedemikian sebagai seorang rakyat di Malaysia.
“Kita harus mengelak dari politik yang merasakan diri kita suci dan tidak pernah berbuat dosa langsung sehingga kita tidak mampu menerima pembabitan orang yang kita rasakan tidak suci seperti kita, kononnya,” Aiman Athirah Al-Jundi.
Siti Kassim (hadapan) ketika bergambar bersama peserta yang hadir dalam program ‘Wanita Tolak Politik Toksit’ yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Siti Kassim atau nama sebenarnya Siti Zabedah Kassim sebelum ini menjadi kontroversi dengan pandangan beliau yang dianggap berlawanan atau bertentangan dengan pelbagai prinsip dan budaya di dalam negara ini.
Beliau juga merupakan aktivis yang sentiasa mencari tempat untuk menyuarakan pandangan berkenaan dengan hak asasi manusia sehingga membuatkan ramai yang kurang senang dengan diri beliau sebelum ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wQPwHz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment