Cikgu jenis apa ni? Guru sekolah menengah ditahan polis kerana disyaki rogol pelajarnya
GURU sekolah menengah ditahan polis kerana disyaki merogol pelajarnya di Siburan.
Cikgu jenis apa ni? Guru sekolah menengah ditahan polis kerana disyaki rogol pelajarnya
Suspek berusia 51 tahun itu ditahan di rumahnya di Tapah dekat Siburan, kira-kira 7 malam semalam.
Dia ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar, berkata perbuatan suspek terbongkar selepas remaja perempuan berusia 14 tahun menceritakan kejadian kepada seorang lagi gurunya.
Menurutnya, terkejut dengan pengakuan itu, guru terbabit kemudiannya memaklumkan kejadian kepada ibu mangsa.
“Ibu mangsa yang berusia 44 tahun kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Siburan, pada kira-kira 5 petang semalam.
“Siasatan awal mendapati mangsa sudah dua kali dirogol oleh suspek di dalam kereta di Siburan antara bulan lalu dan baru-baru ini,” katanya di Kuching, hari ini.
Dev berkata, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuching di Petra Jaya, hari ini, untuk mendapatkan perintah reman.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan siasatan lanjut masih giat dijalankan polis.
Sumber: Metro
Sumber Cikgu jenis apa ni? Guru sekolah menengah ditahan polis kerana disyaki rogol pelajarnya
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wFTwKW
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment