“Inflasi” Cabaran Besar Fed Walaupun Dengan Lonjakan Ekonomi Global
Sejak akhir-akhir ini ada 2 perkara utama yang menjadi perhatian para pelabur iaitu sikap bank pusat terhadap inflasi dan pengukuhan ekonomi global. Minit mesyuarat FOMC pada pagi Khamis akan menjawab persoalan-persoalan utama, adakah Fed akan menaikan kadar faedah lagi tahun ini?
Selain itu, Fed juga akan mengumumkan jadual pelan pengecilan penyata imbangan (balance sheet) sebanyak $4.2 trillion bon. Jangkaan ketika ini adalah bank pusat akan membuat potongan dalam pelaburan akan bermula pada bulan Oktober sebanyak $10 billion setiap bulan.
Buat masa ini penganalisis dan pelabur lebih tertumpu kepada ramalan pembuat dasar terhadap kadar faedah khususnya kenaikan kadar pada bulan Disember 2017.
Ketika ini potensi kenaikan kadar faedah Disember berada di paras 56.4% seperti yang ditunjukkan di dalam pasaran hadapan Fed Fund Future setakat ini.
Walaubagaimanapun, dalam kalangan pembuat dasar masih berbeza pandangan. Satu pendapat mengatakan bahawa tidak perlu dinaikan kadar faedah bagi suku ketiga ini berdasarkan keadaan ekonomi yang menunjukkan kejatuhan inflasi. Satu pendapat pula, berpandangan bahawa ekonomi sudah cukup kukuh untuk mengekalkan kadar faedah 1.25%.
Menurut Yellen dan beberapa pembuat dasar, kadar inflasi jatuh adalah berpunca daripada faktor-faktor jangka pendek iaitu perubahan harga pelan telefon dan faktor ini akan berkurangan pada bulan hadapan. Beliau berpendapat bahawa peningkatan kadar faedah tidak akan memperlahankan ekonomi kerana keadaan kewangan di U.S masih lagi longgar dan kadar faedah jangka panjang jatuh sejak kebelakangan ini.
Maka atas dasar ini, Jason Celente, pengurus portfolio Insight Investment menyokong pandangan kadar faedah tidak akan dinaikan pada Disember ini kerana tujuan utama Fed adalah untuk menstabilkan polisi monetari dan dalam masa yang sama untuk mengatasi masalah inflasi.
Bagi bank pusat negara lain termasuk Zon-Eropah yang berkemungkinan mengetatkan polisi, kesannya ia akan mengurangkan kecairan global. Selain itu, keadaan semasa perbelanjaan kerajaan U.S dan had hutang kerajaan juga akan mengganggu keadaan pasaran.
The post “Inflasi” Cabaran Besar Fed Walaupun Dengan Lonjakan Ekonomi Global appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xQiJre
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment