Sentimen Pasaran Menjelang News Besar FOMC Pagi Nanti
US dolar masih lagi didagang stabil dalam sesi dagangan US pada Rabu menjelang penetapan polisi monetari The Fed pukul 2 pagi nanti. Malam ini tiada data impak tinggi yang dikeluarkan dari Amerika Syarikat kecuali data inventori minyak mentah dan data jualan rumah.
Jika dilihat kepada pasangan matawang US dolar, masih lagi bergerak tenang dengan pasaran berhati-hati dalam meletakkan posisi dagangan sebelum mendapat isyarat yang lebih jelas oleh The Fed malam ini. The Fed sememangnya dijangka akan mengurangkan pegangan bonnya, di mana tumpuan pasaran adalah kepada persoalan bilakah ia akan dimulakan dan berapa pantas ia akan dikurangkan?
Persoalan tentang perancangan kenaikan kadar faedah juga adalah sangat penting kepada pasaran khususnya tentang persoalan kenaikan satu kali lagi kadar faedah tahun ini.
Jika The Fed meyakinkan pasaran dan pelabur secara keseluruhan bahawa terdapat sekali lagi kenaikan kadar tahun ini, ia sudah tentu akan mengukuhkan matawang greenback. Jika sebaliknya pula di mana komen atau kenyataan Fed yang kurang meyakinkan atau mengecewakan pasaran, sudah tentu kita akan melihat kejatuhan US dolar.
-
Pasaran saham
Pasaran saham Eropah ketika ini sedang didagang bercampur-campur di mana STOXX600 susut 0.09% setakat pukul 11.17 malam. Indeks ini mengumpulkan 600 syarikat termasuk syarikat besar di 18 negara Eropah yang jika dikumpulkan modal pasaran mencecah sehingga 90% daripada pasaran saham Eropah.
Euro STOXX 50 (Blue chips) : -0.11%
Indeks DAX (Jerman) : +0.08%
Indeks CAC40 (Perancis) : +0.06%
FTSE 100 (Britain) : -0.10%
Berikut merupakan keadaan semasa di pasaran Wallstreet setakat pukul 11.18 malam.
Dow Jones : +0.07%
Nasdaq: -0.32%
S&P 500: -0.02%
-
Pasaran Bon
Pasaran bon Amerika Syarikat terus jatuh dengan hasil-bon 10 tahun-US (US-10Y Yiled) ketika ini susut (-0.33%) setakat jam 11.19 malam.
US-10Y Yield : -0.33%
US-5Y Yield : -0.56%
US-30Y Yield : -0.21%
German 10Y Yield : -2.89%
Perancis 10Y Yield : +0.46%
Canada 10Y Yield : -0.19%
UK 10Y Yield : +0.23%
Perubahan dari segi hasil bon ini penting untuk dilihat, kerana ia adalah kadar faedah jangka panjang yang juga banyak memberi kesan kepada pergerakan matawang.
-
Pasaran Komoditi
Pasaran emas pada sesi US membuat sedikit penurunan selepas mencapai paras tertinggi hari ini di $1315.92.
Emas sensitif dengan pergerakan dolar. Dolar yang kukuh menyebabkan emas lebih sukar untuk dimiliki oleh pemilk matawang asing yang lain kerana harga yang mahal.
Pasaran hadapan minyak pula meneruskan peningkatan dengan kedua-dua harga minyak WTI dan Brent mengekalkan pengukuhan ketika ini sejak awal sesi Eropah walaupun ada membuat sedikit penurunan selepas data inventori dikeluarkan pukul 10.30 malam tadi.
Data menunjukkan inventori minyak mentah di US minggu lalu di paras 4.6 juta tong berbanding jangkaan 2.8 juta. Namun, inventori pada minggu sebelum itu adalah lebi besar di paras 5.9 juta tong.
Dapatkan buku analisis fundamental untuk analisis yang lebih mantap!!
The post Sentimen Pasaran Menjelang News Besar FOMC Pagi Nanti appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xmGCFe
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment