Hi! Welcome Back and Stay Tune! Che’ Pa Kisah Liku Hidup Penari Hadrah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Che’ Pa Kisah Liku Hidup Penari Hadrah

Pelakon yang cukup disegani, pelawak, pengacara dan juga seorang sutradara yang diiktiraf di majlis-majlis penganugerahan berprestij, Sabri Yunus kembali mempertaruhkan buah tangan terbaharu yang berjudul ‘Che Pa’.

Sabri terkenal dengan sentuhan beliau yang berkisar akan adat dan kebudayaan, sarat dengan mesej-mesej kerakyatan dan dalam ‘Che Pa’ ini, beliau sekali lagi memperjuangkan seni tradisional.

Kali ini, ia adalah mengenai ‘Tarian Hadrah’. ‘Hadrah’ merupakan rutin tarian purba tempatan di mana barisan penari lelaki berpakaian perempuan.

Di Malaysia, kesenian tarian ‘Hadrah’ mula diperkenalkan sekitar tahun 1910 di Pulau Pinang dan kemudiannya menjadi amat popular pada tahun 1950-an dan 1960-an, terutamanya bagi penduduk di Utara Semenanjung Malaysia seperti Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang.

Menampilkan pelakon terkenal, Namron sebagai pengemudi utama bernama ‘Che Pa’, naskhah ini turut memperlihatkan kehadiran Ezany Nizariff sebagai ‘Che Puteh’, Amyza Aznan sebagai ‘Cik Puan’ yang turut merupakan bekas isteri Che Pa, pendatang baru Putri Hanan Ahmad Shukri sebagai ‘Bibah’, anak kepada Che Pa, serta arwah Yusri Edoo atau Pak Yus Jambu sebagai pemain gendang dalam kumpulan Hadrah tersebut.

Ini juga merupakan penglibatan terakhir Pak Yus di persada seni sebelum menghembuskan nafas terakhirnya pada November 2015.

The post Che’ Pa Kisah Liku Hidup Penari Hadrah appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2faG0c3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.