Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bimbang Kantoi Curi, Murid Hentak Guru Tengah Solat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bimbang Kantoi Curi, Murid Hentak Guru Tengah Solat

LAHAD DATU – Seorang guru wanita sekolah rendah menerima 17 jahitan di kepala selepas dihentak dengan batu oleh pelajar berusia 13 tahun yang cuba curi wang miliknya, di sini, kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 1.50 tengah hari, guru terbabit dikatakan sedang menunaikan solat Zohor di salah sebuah surau sekolah rendah di daerah ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata suspek berjaya ditahan oleh beberapa guru dan pengawal keselamatan yang menyedari akan kejadian tersebut selepas terdengar jeritan daripada mangsa.

“Ketika tahiyat akhir, suspek menghentak kepala mangsa dengan batu kemungkinan bimbang cubaannya untuk mencuri disedari guru terbabit.

“Terkejut dengan kejadian itu, mangsa menjerit sebelum pengawal keselamatan dan guru lain menangkap suspek dan menyerahkannya kepada polis,” katanya dipetik BH Online.

Jelas Ramli lagi, siasatan polis mendapati pelajar tersebut ponteng sekolah pada hari berkenaan dan datang ke lokasi kejadian semata-mata untuk mencuri.

Suspek kini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 393 kerana cubaan rompak dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan cedera menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya. – http://ift.tt/2xc7oy3

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wybUdK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.