Bukan Mudah Nak Berbikini Depan Berjuta Orang
Peragawati terkenal, Thanuja Ananthan terkenang pengalamannya dan pahit getir yang harus dilalui saat berada di pertandingan Ratu Cantik Dunia kira-kira lapan tahun dulu.
Kongsi wanita berusia 32 tahun ini, semua peserta yang mewakili negara masing-masing perlu berusaha keras dan menunjukkan disiplin yang sangat tinggi demi memastikan penampilan mereka bukan saja sentiasa menawan bahkan sempurna di mata khalayak. Apatahlagi apabila mereka diberikan cabaran harus tampil berbikini.
“Ketika dalam pertandingan ratu cantik dunia dulu, saya dikelilingi model-model yang mempunyai disiplin yang sangat tinggi. Kena rajin bersenam, kena kuat makan dan sebenarnya untuk memakai bikini di depan penonton secara langsung juga ditonton satu dunia, itu bukan satu perkara yang senang. Susah sebenarnya.
“Bayangkan ratu cantik dari negara Latin, setiap kali lepas makan mereka akan masuk bilik dan buat ‘sit-up’ dan senaman. Itu sudah jadi satu perkara wajib bagi mereka.
“Saya rasa, masyarakat perlu menukar persepsi. Ya, memang kena nampak cantik, seksi tetapi di sebalik itu sebenarnya memerlukan pengorbanan dan disiplin yang sangat tinggi. Saya ke pentas ratu cantik dunia bukan sebagai Thanuja tetapi sebagai Miss Malaysia. Jadi saya harus pastikan penampilan saya sentiasa sempurna kerana saya mewakili negara,” katanya tatkala diminta berkongsi pandangan mengenai profesyen sebagai seorang supermodel.
Thanuja berkata demikian ketika ditemui pada ssi fotografi Festival Filem Malaysia (FFM29) di sebuah hotel di ibu negara baru-baru ini.
Dalam pada itu Thanuja mendedahkan dia pernah dikecam gara-gara ketinggian, kulitnya yang hitam dan berambut kembang. Tidak berasa kecil hati dengan kritikan tersebut malah dia berbangga dan menganggap ia satu kelebihan dan keistimewaan indentiti dirinya.
“Ketika saya menang Miss World saya dikecam. Mereka kata, saya tinggi sangat lah, kulit saya hitam dan rambut saya kembang malah ada yang menyarankan agar saya menjalani rawatan meluruskan rambut.
“Tetapi saya sedikit pun tidak berasa tertekan, saya tidak memutihkan kulit saya ataupun meluruskan rambut saya. Dari dulu sampai sekarang, semua original (gelak). Inilah identiti saya. Inilah Thanuja. Kalau orang tak suka, tidak mengapa tetapi saya tetap mahu kekal dengan identiti saya,” tuturnya.
Dianjak berkongsi mengenai perkembangn terbaharu, Thanuja mengakui dia kini sudah memperlahankan aktiviti peragaan sebaliknya semakin serius dengan dunia lakonan dan pengacaraan sejak tahun lalu.
Bermula dengan filem debutnya berjudul Temuan Takdir yang ditayangkan tahun lalu, terbaru dia muncul menrtu telefilem bertajuk Anak Merdeka yang ditayangkan di saluran Astro sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang lalu. Selain, dia turun mengacara program travelogue Best In Town untuk siaran NTV7.
“Sebenarnya selepas menang ratu cantik, saya ada mendapat tawaran berlakon tetapi watak yang diberikan kepada saya, bagi saya terlalu skeptikal hanya kerana saya seorang model. Antara watak yang ditawarkan seperti perampas suami orang dan wanita seksi. Saya tidak mahu dilabel stereotaip. Jadi saya menolak tawaran ketika itu.
“Saya mahu jadi lebih dari seorang model dan mencuba pelbagai cabang seni. Kini saya boleh anggap yang saya sudah separuh bersara dari dunia peragaan dan kini serius dalam lakonan.
“Saya teringin sekali mahu melakonkan watak lebih mencabar seperti watak orang gila, orang cacat atau mungkin pontianak lagipun saya rasa saya sesuai jadi pontianak kerana rambut saya pun kembang,” selorohnya.
The post Bukan Mudah Nak Berbikini Depan Berjuta Orang appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xn6O2J
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment