Detik Cemas Kren Terbalik
Kebanyakan kerja-kerja berisiko tinggi memang lumayan kerana dibayar gaji tinggi, namun nyawa juga dipertaruhkan untuk melaksanakan tugas yang diberikan. Kita selalu dengar kejadian kren terbalik di tapak pembinaan yang berlaku atas beberapa faktor yang tak dapat dielakkan.
BACA: Aksi Cemas Bomba Selamatkan Kucing
Seorang lelaki bernama Mal Swan berkongsi di akaun laman sosial Facebook miliknya mengenai detik-detik cemas kren terbalik berlaku di Poland.
Mal membayangkan ketakutan yang dialami oleh pemandu kren berusia 22 tahun itu ketika kren tersebut ‘menyembah bumi’ dan apa yang menyedihkan, pemandu berkenaan telah berusaha untuk menyelamatkan diri tetapi gagal.
Pemandu itu juga tak berkesempatan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada keluarganya setelah bekerja keras demi mereka.
Malah, kelibatnya jelas menunjukkan dia sedang lari untuk menyelamatkan diri sebelum terbunuh dalam kejadian itu.
Disebabkan itu, Mal menyuarakan pendapatnya bahawa gaji pemandu kren harus setimpal dengan risiko yang diambil mereka untuk mengendalikan kren.
Kami difahamkan mangsa yang terbunuh itu baru bekerja dalam sektor pembinaan sebelum kejadian ini berlaku dan pihak pemaju tidak bertanggungjawab kerana membenarkan pemandu kren tidak terlatih bekerja.
Perkongsian itu mendapat simpati dari seluruh dunia dan mungkin pihak terbabit perlu membuka mata untuk pastikan kejadian ini takkan berulang lagi. Kesian anak-anak dan para isteri mereka jika kehilangan ayah atau suami di usia muda.
BERITA BERKAITAN:
Bayi Meninggal Tercekik Kacang Tanah
Bergurau Tapi Guna Racun Lipas
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Makan Asam Pedas Salmon Tepi Sungai Melaka?
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wGrbV0
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment