Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bertukar Imej Menjadi Gelandangan Di Kaki Lima Bukit Bintang, Ini Reaksi MENGEJUTKAN Orang Ramai Terhadap Hazama!! Sungguh Tak Disangka!! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bertukar Imej Menjadi Gelandangan Di Kaki Lima Bukit Bintang, Ini Reaksi MENGEJUTKAN Orang Ramai Terhadap Hazama!! Sungguh Tak Disangka!!


Tindakan Hazama yang bertukar imej menjadi gelandangan di kaki lima Bukit Bintang pada 9 September lalu memberi kesan mendalam dalam dirinya sebagai seorang manusia.

Hazama, 33, tersentuh hati melihat sokongan penonton yang memberi tepukan gemuruh semasa dia mempersembahkan lagu di hadapan orang ramai yang tidak mengetahui dia adalah seorang penyanyi.

“Walaupun ketika itu saya berubah menjadi orang lain, berpakaian selekeh dan tidak terurus tetapi mereka (penonton) menghargai nyanyian lagu yang saya sampaikan.

“Saya dapat lihat masyarakat kita masih menghargai bakat berbanding populariti dan sokongan ikhlas mereka itu dapat dirasakan sampai ke hati.

“Lebih mengujakan, selepas persembahan ada yang mengejar saya semata-mata mahu memberikan duit dan minuman,” katanya kepada mStar Online.

Hazama melakukan penyamaran itu pada 9 September lalu selepas merancang selama dua minggu.

Malah, Hazama bersyukur kerana projek ‘suka-suka’ bersama produksi Rocketful Network ini berhasil dan menjadi perhatian ramai.

“Saya terkejut dengan reaksi orang ramai yang menonton video nyanyian saya itu di laman YouTube dan ada yang tak menyangka itu saya.

“Alhamdulillah, apabila berita mengenai ini tular di laman sosial, ramai yang memuji eksperimen yang kami lakukan,” katanya.

Sementara itu, penyanyi lagu Amaran Mama ini memaklumkan projek yang dilakukan ini bukan untuk mendapat keuntungan.

Sebaliknya untuk memberi kesedaran dan mahu menyumbang sesuatu kepada masyarakat dengan cara tersendiri.

“Kalau ada sokongan daripada mana-mana pihak yang ingin membantu, mungkin kita boleh teruskan aktiviti sebegini dan dana yang kita perolehi boleh disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

“Mungkin artis juga boleh turun padang dan hiburkan peminat dengan cara begini, ia lebih dekat dengan masyarakat,” ujarnya.

Bercakap mengenai perkembangan terkini, Hazama sedang menjalani penggambaran untuk muzik video lagu terbaharu berjudul Aku Bukan Dewa di Pulau Kapas, Terengganu.

Lagu tersebut merupakan gandingannya bersama Altimet dan dijangka akan dilancarkan pada Oktober ini.

Kredit: mStar Online


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xRdsje

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.