Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Comel Tak Kak Ton?”: Kisah Kejayaan Pengasas Empayar Jenama Beauty Umaira - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Comel Tak Kak Ton?”: Kisah Kejayaan Pengasas Empayar Jenama Beauty Umaira

#1-Siapa Kak Ton Yang Sebenarnya?

Kak Ton atau nama sebenarnya Zaiton Hassan merupakan antara jutawan kosmetik yang popular di Malaysia.

Beliau merupakan seorang melayu kacuk yang berdarah campuran Pakistan,Arab, Thailand dan Laos.

Kak Ton yang memiliki Ijazah Perakaunan dari Universiti Lam Kam Heng, Bangkok sering menaja program realiti ataupun muncul di iklan-iklan di televisyen setelah bergelar usahawan.

Setiap kali membuat kemunculan di dalam mana-mana program televisyen, Kak Ton tidak pernah lupa untuk menggunakan ‘tagline’ yang popular seperti ‘Comel tak Kak Ton?’

‘Tagline’ ini begitu popular sehinggakan ramai kanak-kanak terikut-ikut untuk mengajuknya.

Walaupun turut ditertawakan oleh orang dewasa, namun wanita yang bergelar jutawan ini tidak pernah ambil kisah sama sekali dan terus-menerus melakukannya bagi menarik perhatian bagi membuatkan iklannya sentiasa diingati ramai.

Sudah mempunyai bangunan wismanya yang sendiri, Kak Ton terus mengorak langkah melebarkan perniagaan dengan lebih pesat lagi.

Antara produknya yang terkenal adalah Raudhah Healthy, Umar, Adam Dan Hawa dan Beauty Umaira.

Antara produk yang sinonim dengan jutawan kosmetik terkenal ini adalah produk Umar dan Umaira yang telah mendapat sambutan yang menggalakkan selama lapan tahun di pasaran.

#2-Penubuhan Syarikat Pravenus Beauty & Cabaran Yang Dilalui.

Image result for kak ton kosmetik

Kak Ton menubuhkan syarikat yang dinamakan Pravenus Beauty bermula pada tahun 2002. Produk beliau yang pertama adalah jenama White Pearl.

Pada ketika itu, beliau mempunyai seorang rakan kongsi yang berbangsa Cina. Pada awalnya, semuanya kelihatan berjalan lancar namun mereka kemudiannya menghadapi masalah dan berpecah.

Kesan daripada itu, produk White Pearl tidak lagi dikeluarkan. Malah dia diuji lagi dengan bebanan hutang yang banyak untuk dilangsaikan.

Walaupun berasa sedih dengan kegagalannya dalam bisnes, Kak Ton tidak mudah putus dan beliau berserah sepenuhnya kepada Allah s.w.t.

Beliau bangkit semula dengan memegang prinsip yang Allah s.w.t akan sentiasa memberikan pertolongan. Kak Ton tidak pernah tinggalkan solat dan sentiasa membuat ibadah sunat.

Keempat-empat produknya yang disukai ramai dirumus menggunakan resipi turun-temurun yang diwarisi oleh nenek moyangnya.

Sebelum menceburi bidang perniagaan kosmetik, beliau merupakan seorang pengusaha salun rambut. Pada asalnya, dia hanya memberikan produk buatannya untuk dicuba oleh pelanggan di salun.

Namun, setahun selepas itu, produknya semakin mendapat pendapatan yang bagus dan dia mula serius untuk menjualnya secara besar-besaran.

Kak Ton mendapat inspirasi untuk membuat produknya daripada masalah kesihatan yang dihadapi oleh kebanyakkan orang masa kini.

Antaranya adalah masalah kesihatan seperti peranakan terkeluar, strok, barah, tekanan darah tinggi, kencing manis dan banyak lagi.

Kak Ton berharap yang produk yang dikeluarkan akan membantu pelanggan-pelanggannya untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

Bukan sekadar berorientasikan keuntungan, Kak Ton tidak pernah meninggalkan rutin hariannya seperti solat hajat dan berzikir dengan harapan supaya Allah s.w.t akan menyembuhkan segala penyakit pelanggannya.

#3-Prinsip Kehidupan & Peniagaan Kak Ton.

Image result for kak ton kosmetik

Prinsip perniagaan yang dipegang oleh Kak Ton selain meletakkan pergantungan utama kepada Allah s.w.t, dia juga percaya yang seorang peniaga haruslah bersifat jujur.

Kata Kak Ton, ‘Wang semata-mata tidak penting akan tetapi kepercayaan dan kesihatan pelanggan saya lebih utama kerana apa yang saya peroleh perlu ada keberkatan.

Beliau juga aktif membuat amal jariah seperti bersedekah dan zakat kerana menurutnya itu adalah cara untuk mencari keberkatan hidup dan bekalan di akhirat.

Kak Ton merupakan antara wanita pertama Malaysia yang menjejak kaki di bumi Palestin untuk memberi sumbangan wang dan membantu mereka yang tidak bernasib baik.

Kak Ton telah menyumbangkan RM200,000 bagi kegunaan rakyat Palestin. Setelah ke sana, beliau menyimpan hasrat untuk kembali lagi ke bumi Palestin untuk membantu mereka.

Kata Kak Ton, sambutan yang mereka terima daripada rakyat Palestin sangat mengharukan dan dia dilayan seolah-olah berada di kampung sendiri.

Rakyat Palestin menyukai nama beliau, Zaiton dan beliau dimaklumkan di Palestin, setiap kali seorang anak perempuan dilahirkan, mereka akan menanam sepohon pokok Zaitun untuk meraikan kelahiran tersebut.

Kak Ton terkesan dengan situasi yang melanda rakyat Palestin dan mahu sedaya upaya cuba membantu mereka. Beliau juga berkesempatan bertemu dengan pemimpin Hamas semasa di sana.

Walaupun sudah bergelar nenek, Kak Ton tetap bijak dalam menjaga kesihatan dan kecantikan walaupun sentiasa sibuk dengan pelbagai aktiviti seperti menghoskan rancangan televisyen dan aktiviti kebajikan sosial.

Kak Ton yang kini berusia 58 tahun merupakan seorang yang sangat berdisplin mengenai aspek kesihatan dan kecantikan.

Dia susah mula mengamalkan makanan kesihatan seperti herba sejak berumur 13 tahun lagi. Selain memakai krim kecantikan, dia juga sangat menjaga pemakanan harian.

Kak Ton menasihatkan kepada para usahawan di luar sana untuk sentiasa menjaga hubungan baik dengan tuhan dan sesama manusia.

Dia juga menyarankan kepada usahawan untuk sentiasa menunaikan solat sunat, berzikir, sedekah dan berzakat kerana itulah faktor kejayaan perniagaan beliau selama ini.

Sentiasa ingat yang di dalam setiap rezeki yang kita perolehi, terkandung rezeki orang lain di dalamnya dan bersedekah dan berkongsilah untuk mendapatkan rezeki yang melimpah-ruah.



Sumber “Comel Tak Kak Ton?”: Kisah Kejayaan Pengasas Empayar Jenama Beauty Umaira

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xGXszf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.