Hi! Welcome Back and Stay Tune! Direka khas untuk tarik minat kanak-kanak: Netizen lancar kempen bantah cadangan pengeluaran rokok Kiddie Pack - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Direka khas untuk tarik minat kanak-kanak: Netizen lancar kempen bantah cadangan pengeluaran rokok Kiddie Pack

Direka khas untuk tarik minat kanak-kanak: Netizen lancar kempen bantah cadangan pengeluaran rokok Kiddie Pack

Direka khas untuk tarik minat kanak-kanak: Netizen lancar kempen bantah cadangan pengeluaran rokok Kiddie Pack

Kementerian Kesihatan dan NGO membantah paket rokok yang kurang 20 batang yang dikenali sebagai “pek Kiddie” dijual di pasaran.

Menurut Dr S Subramaniam, kementerian tidak akan memberi kelulusan untuk penjualan paket tersebut kerana undang-undang melarang penjualan rokok dalam pek kurang daripada 20 batang.

“Perundangan melarang penjualan pek kecil rokok kurang daripada 20 batang. Ini juga selaras dengan Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC) yang mana Malaysia adalah sebahagian daripada,” katanya.

FCTC adalah perjanjian kawalan tembakau yang mana Malaysia telah menjadi sebahagiannya sejak 2003.

Di perjanjian itu, Malaysia diwajibkan secara langsung mewujudkan peruntukan yang ketat untuk mengawal tembakau dengan menggubal alat undang-undang domestik, menguatkuasakan undang-undang dan membangunkan dasar kebangsaan yang jelas yang memberi keutamaan kepada kesihatan awam.

Menurut FCTC, perjanjian antarabangsa pertama yang dimulakan dan diterima pakai oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menetapkan piawaian antarabangsa untuk mengawal tembakau dengan peruntukan mengenai pengiklanan dan penajaan, peningkatan cukai dan harga, pelabelan, perdagangan haram dan asap terpakai.

Dalam pada itu negara-negara luar seperti Brunei, Cambodia, Laos, Singapura dan Vietnam telah mengharamkan produk rokok Kiddie Pack di jual dipasaran kerana mahu melindungi kanak-kanak dari ancaman rokok.

Menurut amaran yang di keluarkan oleh pihak WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) “Rokok KIDDIE PACKS merupakan strategi pemasaran Industri Rokok. Ia dijual agar rokok mampu dibeli oleh kanak-kanak dan golongan muda.” 

Rokok Kiddie Pack adalah pek rokok yang mengandungi kurang dari 14 batang rokok. Ia dikatakan di reka khas untuk menarik minat kanak-kanak.

Ciri-ciri yang terdapat pada rokok kiddie pack ialah:
– Lebih kecil
– Tampak menarik dan comel
– Lebih mudah di bawa dan di simpan 
– Lebih mampu di miliki (termasuk kanak kanak!)

Terdapat kajian di Ireland menunjukkan 75% perokok bawah umur membeli dan memilih rokok Kiddie Pack. Survey pada kanak-kanak 11- 15 tahun di England pula mendapati kanak-kanak berjaya membeli rokok Kiddy Pack berbanding rokok 20 batang.

Ini adalah Strategi Syarikat Tembakau Industri tembakau telah membelanjakan kira kira 8.49 Billion USD setiap tahun untuk pemasaran produk beracun mereka. Beradasarkan kajian metaanalisis dari 9 kajian kohot telah membuktikan, hubungan yang positif, konsistan dan spesifik di antara pemasaran dan promosi rokok dan keinginan remaja untuk merokok.

Industri Rokok mempunyai satu isu besar, iaitu majoriti perokok akan mati akibat penyakit berkaitan rokok. Mereka memerlukan pelapis yang menggantikan pelanggan pelanggan yang telah mati. Atas sebab itu, kanak-kanak dan golongan muda menjadi sasaran Industri.

Walaupun kenaikan harga runcit beberapa tahun kebelakangan ini, ia tidak bermakna mereka boleh membuat pengenalan baru untuk menarik orang ramai terutama golongan kanak-kanak.

Katakan TAK NAK pada Kiddie Pack!

Sumber- Free Malaysia Today
Facebook-Public Health Malaysia

 
Via: SK


Sumber Direka khas untuk tarik minat kanak-kanak: Netizen lancar kempen bantah cadangan pengeluaran rokok Kiddie Pack

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vOckMB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.