Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Dobi Islam’ amalan sempit ke arah ekstrem, kata Dr Asri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Dobi Islam’ amalan sempit ke arah ekstrem, kata Dr Asri

Kedai dobi yang didakwa khas untuk orang Islam sahaja dikritik kebanyakan masyarakat Islam. — Foto ihsan Facebook/Kelab Info MalaysiaKedai dobi yang didakwa khas untuk orang Islam sahaja dikritik kebanyakan masyarakat Islam. — Foto ihsan Facebook/Kelab Info MalaysiaPETALING JAYA, 25 Sept — Perusahaan kedai dobi khas untuk pelanggan muslim di Muar, Johor amalan yang sempit, kata Datuk Mohd Asri Zainul Abidin

Mufti Perlis itu berkata kedai itu tidak sesuai untuk masyarakat majmuk dan bertentangan dengan sifat Islam yang memudahkan, lapor MalaysiaKini.

“Semua pandangan yang sempit seperti ini akan membawa negara kita ke arah ekstremisme dan hilang imbangan untuk hidup dalam masyarakat pelbagai agama dan budaya,” katanya.

Gambar tertera papan tanda tertulis: “Dobi ini hanya menerima pelanggan beragama Islam sahaja atas faktor kesucian”, menular di media sosial.

Mohd Asri menggesa umat Islam memilih hukum fikah yang mudah dan praktikal serta tidak membuat andaian berlebihan hingga menyusahkan kehidupan.

“Jika asal sesuatu bahan itu bersih, tidak zahir padanya najis sama ada dari segi warna, bau ataupun rasa, maka ia dikira bersih.

“Andaian yang berlebihan sehingga menyusahkan kehidupan bukan ajaran Nabi Muhammad yang mudah dan memudahkan kehidupan manusia,” katanya. 



Sumber ‘Dobi Islam’ amalan sempit ke arah ekstrem, kata Dr Asri

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wQGaf9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.