Hi! Welcome Back and Stay Tune! Doktor adalah golongan yang paling ramai mengelak cukai di Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Doktor adalah golongan yang paling ramai mengelak cukai di Malaysia

SHAH ALAM – Doktor dikesan antara kalangan ahli profesional yang paling ramai tidak membayar cukai pendapatan di negara kita.

 

Doktor adalah golongan yang paling ramai mengelak cukai di Malaysia

Doktor adalah golongan yang paling ramai mengelak cukai di Malaysia

 

 

Sehingga Ogos tahun ini, jumlah cukai dan penalti yang perlu dibayar oleh kalangan doktor kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ialah sebanyak RM1.106 bilion.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Sabin Samitah, jumlah berkenaan adalah hasil operasi pengauditan yang dilancarkan LHDN terhadap 4,610 golongan profesional di seluruh negara baru-baru ini.

“Selain doktor, ahli-ahli profesional lain yang turut menjadi sasaran LHDN ialah peguam, arkitek dan jurutera. Daripada 4,610 orang itu, seramai 3,000 adalah doktor, 182 peguam, 141 arkitek dan 1,287 jurutera,” kata Sabin ketika memberitahu Oriental Daily.

Menurut Sabin, jurutera menjadi golongan profesional kedua terbanyak mengelak cukai dan dikenakan penalti, iaitu  membabitkan RM38.301 juta diikuti peguam (RM7.39 juta) dan arkitek (RM1.181 juta).

Bagaimanapun, Sabin menjelaskan, tidak kesemua 4,610 ahli profesional yang diaudit itu didapati mengelakkan cukai, sebaliknya ia hanyalah amalan biasa yang dilakukan oleh LHDN.

Mengikut perangkaan LHDN, sebanyak 15 daripada 70 syarikat gergasi yang diaudit lembaga tersebut dikesan mengelak cukai atau melakukan perancangan cukai agresif.

Jumlah cukai dan penalti yang dianggarkan bagi 15 syarikat itu adalah sebanyak RM1.016 bilion.

 
Sumber: Sinar


Sumber Doktor adalah golongan yang paling ramai mengelak cukai di Malaysia

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hfvVel

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.