Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dua remaja hantu dadah dicekup awal pagi tadi di Serian ketika khayal syabu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dua remaja hantu dadah dicekup awal pagi tadi di Serian ketika khayal syabu

SERIAN: Dua remaja lelaki yang berumur 16 dan 18 tahun,  dicekup polis tengah malam tadi kerana disyaki memiliki dadah.

Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Aswandy Anis berkata,  hantu dadah ini ditangkap pasukan siasatan jenayah narkotik Serian sekitar jam 12.40 pagi di Jalan Kampung Kemayau No. 1 dekat sini.

“Hasil pemeriksaan badan terhadap kedua-dua suspek yang berbangsa India dan Bidayuh kemudian menemui satu paket plastik dan tiga keratan tiub straw,  yang masing-masing berisi ketulan kristal disyaki dadah syabu.

“Dadah ini disembunyikan di dalam poket hadapan kanan seluar yang dipakai salah seorang mereka.

Kedua-dua suspek kata Aswandy,  kemudian dibawa ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Serian dan saringan urin kedua-duanya didapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methaphetamine.

“Kedua-dua suspek kemudian ditahan reman selama empat hari manakala siasatan dilaksanakan di bawah Seksyen 12(3) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, ” katanya. – Sarawakvoice



✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wwkMQP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.