Hari Sabtu Akan Jadi Detik Mendebarkan Kepada New Zealand – Penganalisis
Hari Sabtu akan jadi detik mendebarkan bagi rakyat New Zealand yang akan menghadapi pilihan raya pada hari tersebut. Pilihan raya ini akan menjadi tumpuan para pelabur di mana jika terdapat perkara yang mengejutkan akan menyebabkan pergerakan besar dalam pasaran khususnya pasaran kewangan New Zealand.
Daniel Blake, penganalisis pasaran di Morgan Stanley berkata, “Pelabur Australia biasanya tidak terlalu ambil peduli terhadap peristiwa berisiko serantau tetapi hasil analisis penilaian risiko menunjukkan kesan di luar jangkaan akibat daripada pilihanraya New Zealand.”
Kira-kira 43 daripada kaunter saham di dalam indeks S&P/ASX 200 meletakkan sasaran saham yang tinggi. 4 Bank Australia adalah mewakili 15% daripada indeks ini, dan dijangka akan memberi kesan negatif kepada matawang New Zealand seterusnya mengurangkan keuntungan.
Matawang Kiwi sebelum ini melemah apabila tinjauan pilihanraya memihak kepada Parti Buruh, tetapi dengan parti kerajaan (National) mendahului semula menyebabkan Kiwi mengukuh semula.
Kemenangan Parti Buruh kemungkinan akan mengubah polisi migarasi, cukai dan perumahan dan ini lah yang dibimbangi oleh pelabur. Hal ini boleh mengakibatkan harga rumah di New Zealand semakin menurun dan mempengaruhi politik di Australia, tambah Blake.
“Polisi perumahan yang mungkin berubah di bawah Parti Buruh akan diteliti, di mana ia dilihat seakan sama dengan Parti Buruh di Australia,” kata penganalisis pasaran Morgan Stanley.
The post Hari Sabtu Akan Jadi Detik Mendebarkan Kepada New Zealand – Penganalisis appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xTHCSS
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment