Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Ia sebenarnya hasil tindakan menarik kepala ayam” – Jakim nafi dakwaan pasar raya besar Shah Alam jual ayam yang tak disembelih - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Ia sebenarnya hasil tindakan menarik kepala ayam” – Jakim nafi dakwaan pasar raya besar Shah Alam jual ayam yang tak disembelih

SEJAK beberapa hari lalu, kecoh di Facebook mengenai video yang mendakwa sebuah pasar raya besar di sekitar Shah Alam menjual daging ayam yang tidak disembelih.

 

 

"Ia sebenarnya hasil tindakan menarik kepala ayam" - Jakim nafi dakwaan pasar raya besar Shah Alam jual ayam yang tak disembelih

“Ia sebenarnya hasil tindakan menarik kepala ayam” – Jakim nafi dakwaan pasar raya besar Shah Alam jual ayam yang tak disembelih

 

Salah seorang pengguna yang merakam video tersebut menunjukkan keadaan ayam yang dibelinya yang didakwa ia tidak disembelih sebaliknya hanya ditarik kepalanya sehingga putus.

“Tidak ada kesan sembelih melainkan kepalanya ditarik,” katanya menerusi video tersebut.

Pada masa sama, pengguna itu turut menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak membeli daging ayam di pasar raya tersebut walaupun jenama tempatan itu ia mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah.

 

Bagi menjelaskan situasi sebenar, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memaklumkan bahawa keadaan ayam yang digambarkan seperti tidak disembelih itu sebenarnya terkesan daripada hasil tindakan menarik kepala ayam (head puller).

Menurutnya, tindakan itu telah menyebabkan kulit leher ayam tertarik panjang dan menampakkan seperti tiada sembelihan dilakukan.

“Produk ayam jenama PTS tersebut adalah dari pusat sembelihan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah.

”Pengguna tidak perlu gusar dengan tular tersebut dan dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dalam memilih produk yang berada di pasaran dan sentiasa mengutamakan premis yang bersih bagi memastikan ianya halalan toyyiban,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

 



Sumber “Ia sebenarnya hasil tindakan menarik kepala ayam” – Jakim nafi dakwaan pasar raya besar Shah Alam jual ayam yang tak disembelih

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2eARncV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.