Hi! Welcome Back and Stay Tune! Intel Memperkenalkan CPU Intel Coffee Lake Secara Rasmi – Bakal Hadir Pada Oktober 5 Kelak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Intel Memperkenalkan CPU Intel Coffee Lake Secara Rasmi – Bakal Hadir Pada Oktober 5 Kelak

CPU generasi kelapan Intel, Intel Coffee Lake S nampaknya bakal hadir di pasaran tidak lama lagi, dan syarikat tersebut telahpun mengumumkan spesifikasi khusus untuk siri CPU ini, yang dikatakan hadir dengan prestasi 25 peratus lebih baik daripada CPU siri Kaby Lake.

Siri CPU Coffee Lake ini juga merupakan siri CPU arus perdana dari Intel yang hadir dengan CPU dengan enam teras dan 12 bebenang kuasa dan juga CPU Intel Core i3 yang pertama dengan empat teras dan empat bebenang kuasa.

CPU-CPU ini termasuklah Intel Core i7-8700K, Intel Core i7-8700, Intel Core i5-8600K, Intel Core i5-8400, Intel Core i3-8350K dan juga Intel Core i3-8300. Cip-cip pemprosesan terbaru ini dibina menggunakan proses 14nm yang diperbaharui, dan mempunyai TDP (Thermal Design Power) setinggi 95W, membuatkan CPU-CPU ini hadir dengan jumlah penggunaan tenaga yang cukup cekap sekali.

Seperti sebelum ini, semua CPU siri K Intel mampu di-overclock, dengan CPU Intel Core i-8700K mampu digerakkan selaju 4.7GHz melalui teknologi TurboBoost sahaja.

Selain daripada penambah-baikan prestasi yang lebih baik berbanding dengan CPU Intel Kaby Lake, CPU Intel Coffee Lake juga hadir dengan beberapa ciri-ciri baru, termasuklah sokongan untuk sebanyak 40 lorong PCIe 3.0, penggunaan memori DDR4 dengan kelajuan asas 2666MHz, penambahbaikan teknologi Intel XMP (XMP 2.0) dan juga kebolehan untuk meng-overclock setiap teras CPU secara khusus.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, siri CPU Intel Coffee Lake juga merupakan siri yang pertama dengan CPU Intel Core i3 yang hadir dengan CPU empat teras dan empat bebenang kuasa, dan juga CPU Core i3 yang pertama yang boleh di-overclock. Menurut carta yang ditunjukkan Intel, CPU Core i3-8350K mampu di-overclock selaju

Intel juga berkata bahawa CPU-CPU ini hanya boleh digunakan bersama-sama papan induk Z370, kerana walaupun papan induk ini menggunakan soket LGA1151 yang sama dengan papan induk Z270, rekaan kuasa papan induk terbaru ini berbeza dengan model sebelum ini, membuatkan CPU Coffee Lake ini tidak sesuai digunakan dengan papan induk untuk CPU Kaby Lake.

Kesemua CPU-CPU Intel Coffee Lake ini akan hadir di pasaran dunia pada 5 Oktober kelak, pada harga yang akan ditetapkan tidak lama lagi.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fKMOxK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.