Hi! Welcome Back and Stay Tune! Isteri Rooney mengamuk, bawa anak tinggalkan rumah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Isteri Rooney mengamuk, bawa anak tinggalkan rumah

COLEEN Rooney dilaporkan meninggalkan rumah bernilai £4 juta yang dikongsi bersama Wayne Rooney.

The Sun melaporkan Coleen membawa bersama tiga anak lelaki mereka, Kai, tujuh, Klay, empat, dan Kit yang berusia satu tahun dan menghabiskan hujung minggu bersama ibu bapanya susulan penahanan Wayne yang memandu ketika mabuk beberapa hari lalu.

Dia dikatakan memandu kereta gadis seorang gadis kelab, Laura Simpson selepas timbul khabar angin bahawa mereka saling bercium dan berpelukan pada malam yang sama.

Coleen, 31, dikatakan telah meninggalkan rumah keluarganya pada petang Sabtu dan tiba di kediaman ibu bapanya, Tony dan Colette McLoughlin sejam kemudian.

Dia dilaporkan sedang berfikir tentang langkah seterusnya yang perlu diambil tetapi dalam masa sama turut bimbang tentang perkahwinannya yang tidak dapat diselamatkan.

Sumber memberitahu The Sun: “Dia menghabiskan masa bersama ibu bapanya untuk memutuskan apa yang perlu dilakukan tetapi pada peringkat ini dia merasakan segalanya telah berakhir.

“Situasi mungkin berubah beberapa hari akan datang tetapi setakat ini dia menganggapnya telah berakhir. Ini adalah jalan terakhir dan dia berasa malu. Dia merancang untuk berundur.”

Sementara itu salah seorang sahabat Wayne dipetik sebagai berkata: “Wayne sendiri tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengan dirinya.”

“Dia terpaksa meminta maaf kepada Coleen untuk banyak perkara pada masa lalu, tetapi ini nampaknya saat yang paling sukar. Dia benar-benar mengamuk.”

Coleen, yang sedang hamil anak keempatnya dengan Wayne, tidak mengulas tentang status perkahwinannya, tetapi baru-baru ini menulis di Twitter bahawa dia sedang diekori oleh paparazzi ketika bersama dengan anak-anaknya.

Ketika berita mengenai drama terbaru Wayne tersebar, Coleen dilaporkan menamatkan percutiannya di Mallorca, Sepanyol, untuk terbang pulang dan bersemuka dengan Wayne atas tindakannya.

Sumber: MStar



Sumber Isteri Rooney mengamuk, bawa anak tinggalkan rumah

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xJwapB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.