Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jumlah mangsa banjir di Kedah naik kepada 1,983 orang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jumlah mangsa banjir di Kedah naik kepada 1,983 orang

ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir kilat di pusat pemindahan banjir di negeri ini bertambah kepada 1,983 orang malam ini berbanding 1,888 orang petang tadi.

Menurut kenyataan Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) di sini malam ini, pertambahan berlaku apabila ada mangsa-mangsa yang kembali semula di 13 pusat pemindahan di daerah Kota Setar termasuk satu dibuka semula di Dewan Tokong Cina, Kubang Pasu membabitkan 32 orang mangsa.

"Mangsa-mangsa bertambah disebabkan rumah mereka kembali dinaiki air terutama di daerah Kota Setar yang menjadi "last point" air banjir berkumpul sebelum ia surut ke laut, mangsa-mangsa ini akan bermalam di pusat pemindahan dan dijangka pulang pagi esok untuk membersihkan rumah," kata kenyataan itu.

Sehingga pukul 8 malam ini, seramai 539 keluarga masih ditempatkan di 19 pusat pemindahan banjir di daerah Kota Setar, Kubang Pasu, Pokok Sena dan Pendang.

Di Kota Setar, pusat pemindahan yang masih beroperasi ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah, Alor Setar yang menempatkan 347 orang, SK Seri Gunung (152 orang), SK Alor Mengkudu (121 orang), Dewan Taman Sri Bagan (97 orang) dan Surau Pondok Kepala Bukit (88 orang).

Di Kepala Batas ialah Surau Assyakirin (79 orang), Masjid Kampung Lengkuas (46 orang), SK Bukit Pinang (102 orang), Dewan Wawasan Kampung Kelompang (39 orang), SK Suka Menanti (25 orang), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perak (13 orang), dan SK Taman Aman (sembilan orang).

Di Kubang Pasu membabitkan SK Kodiang Lama yang menempatkan 54 orang dan Pusat Rakan Sukan Tanah Merah di Pendang menempatkan 280 mangsa.

Di Pokok Sena ialah SK Bukit Hijau (427 orang), Dewan Kampung Permatang Limau (25 orang), dan Dewan Lubuk Keriang (35 orang), manakala Dewan Kampung Empa telah pun ditutup.

Kenyataan itu berkata, dijangka dengan keadaan cuaca yang semakin baik dan aliran sungai yang lancar, keadaan banjir di negeri ini akan semakin pulih menjelang esok.

- BERNAMA



Sumber Jumlah mangsa banjir di Kedah naik kepada 1,983 orang

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hrvSzT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.