Korea Utara Mau Setanding AS
SEOUL: Korea Utara berhasrat mencapai 'keseimbangan' kekuatan tentera dengan Amerika Syarikat (AS), kata agensi negara itu.
Kenyataan dikeluarkan sehari selepas pemimpinnya, Kim Jong-Un, mengarahkan ujian peluru berpandu jarak sederhana dan jauh, Hwasong-12, yang terbang melepasi Jepun sebelum jatuh ke dalam Lautan Pasifik.
"Matlamat utama kami adalah memastikan keseimbangan tentera dengan AS dan menjadikan negara itu takut bercakap mengenai pilihan ketenteraan terhadap Korea Utara," Kim dipetik sebagai berkata dalam laporan itu.
Pyongyang menembak peluru berpandu kedua ke arah Jepun dalam masa tidak sampai sebulan semalam, memaksa AS menyatakan ia mempunyai pilihan tindakan ketenteraan ke atas Korea Utara.
Kenyataan AS itu jelas menunjukkan tahap kesabaran untuk melaksanakan misi diplomatik dengan Korea Utara, semakin menipis. - REUTERS
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2h8HVOS
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment