Hi! Welcome Back and Stay Tune! Realiti Penjara Filipina Ini Pasti Membuat Banduan Malaysia Bersyukur - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Realiti Penjara Filipina Ini Pasti Membuat Banduan Malaysia Bersyukur

Hidup dalam tirai besi memang perit. Inilah yang harus dihadapi oleh para banduan sebagai balasan terhadap kesalahan yang mereka lakukan. Tapi walau seteruk mana keadaan sesebuah penjara itu, terdapat had-had tertentu yang harus dipatuhi.

Hal ini demikian kerana penjara bukan saja bersifat menghukum, tapi juga menjadi tempat pemulihan dan kaunseling kepada banduan untuk membentuk mereka menjadi insan yang baik supaya kelak mereka dapat diterima masyarakat.

Tapi di Filipina, salah satu penjaranya yang terletak di Quezon mungkin menjadi tempat mimpi ngeri bagi para banduan dan tahanan sementara yang masih dalam perbicaraan. Penjara yang cuma berkapasiti 800 orang kini dihuni 4000 banduan. Hidup bersesak seperti ini pasti mengundang pelbagai masalah. Masalah seperti dihadapi setiap hari:

1. Hampir semua ruang dalam penjara ini menjadi tempat tidur. Malah kawasan rekreasi gelanggang bola keranjang juga dijadikan ruang tidur. Malah tahanan sementara juga hidup bersesak bersama semua banduan.

2.  Penyajian makanan tidak pernah tepat pada waktunya. Keadaan makanan sangat teruk dan sedikit sehingga disamakan dengan makanan ternakan babi. Paku karat dan lipas mati bagaikan sajian tambahan dalam menu mereka.

3.  Akibat sumber air dan makanan yang terhad, para banduan sering mencuri makanan antara antara mereka. Kadang-kadang berakhir dengan pergaduhan berdarah.

4. Tidak ada pengasingan terhadap banduan yang sakit dengan yang sihat. Sebab itu penularan penyakit berjangkit dalam penjara ini sangat tinggi.

5. Setiap bulan, dua daripada lima banduan meninggal dunia. Penyebab utama biasanya kerana kebuluran dan kekurangan zat serta tekanan perasaan yang melampau.

6. Keadaan dalam sel sangat menjijikkan dengan bau pengap, najis, pakaian kotor, peluh dan sampah yang bercampur menjadi satu.

Kalaulah ada banduan atau bekas banduan penjara Malaysia yang terbaca artikel ini, mereka pasti bersyukur kerana tidak mengalami situasi seburuk ‘rakan’ banduan mereka di Filipina!

Comments

comments



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fqz1wb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.