Hi! Welcome Back and Stay Tune! Peringatan Untuk Semua, Amy Adakan Majlis Tahlil - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Peringatan Untuk Semua, Amy Adakan Majlis Tahlil

SEBELUM ini, penyanyi rock terkenal Amy Search ada memuat naik satu gambar beliau pernah bersama-sama dengan pelajar di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah suatu ketika dahulu.

Legenda rock tersebut juga telah menzahirkan perasaan simpatinya kepada mangsa yang telah terkorban.

BACA: Artis Tempatan Kongsi Rasa Sedih Kebakaran Pusat Tahfiz

Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman juga dikatakan telah mengadakan majlis bacaan Yassin dan tahlil untuk anak-amak syurga yang telah terkorban dalam kebakaran pada Khamis lalu.

Penyanyi lagu malar segar Isabella ini malah juga merupakan pemilik sebuah sekolah tahfiz di Sungai Buloh, Selangor iaitu Al-Bayan School of Quran & Hadith.

Pelajar-pelajar tahfiz berkenaan difahamkan pernah berkunjung ke rumah Amy bagi menghadiri jemputan majlis kesyukuran yang diadakan di rumahnya tidak lama dulu.

Majlis tahlil dan bacaan Yassin itu telah diadakan di pusat tahfiz miliknya di Sungai Buloh itu sebagai menghormati pemergian anak-anak syurga yang terkorban ketika kemusnahan pusat tahfiz tersebut.

“Ya Allah aku tak bisa menolak segala ketentuan mu, jika itu yang amat terbaik buat mu. 🙏@albayansoqh + malam tadi tahlil dan doa selamat. Bercerita kisah tragedi kemalangan yang sangat tragis itu pada anak2 di Al bayan dan juga penting prosedur keselamatan,” tulisnya di ruangan kapsyen gambar tersebut.

Amy juga mengatakan bahawa apa yang telah terjadi ini telah memberi pengajaran kepadanya sendiri sebagai pemilik pusat tahfiz agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan pelajar dan pusat tahfiz itu sendiri. – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x64rPV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.