Hi! Welcome Back and Stay Tune! Face ID Boleh Dinyahaktifkan Di Dalam Situasi Kecemasan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Face ID Boleh Dinyahaktifkan Di Dalam Situasi Kecemasan

Antara kerisauan penggunaan sistem imbasan wajah Face ID pada iPhone X ialah ia memudahkan peranti dinyahkunci tanpa kerelaan pemilik. Badan hak asasi manusia risau polis boleh menyahkunci telefon orang kena tahan tanpa waran dengan amat mudah sekaligus melanggar hak mereka. Pada suami curang pula risau kandungan kekasih gelap dinyahkunci ketika tidur.

Setakat ini kita sudah mengetahui Face ID tidak berfungsi sekiranya mata tertutup. Tiada kerisauan anak membeli aplikasi App Store ketika ibu bapa sedang tidur. Di dalam situasi kecemasan Craig Federighi, timbalan presiden bahagian perisian di Apple mengesahkan Face ID boleh dinyaktifkan di dalam temubual bersama TechCrunch.

Beliau berkata Face ID boleh dinyahaktifkan dengan menekan butang kuasa atau butang mengurangkan suara selama beberapa saat. Peranti kini hanya boleh dinyahkunci dengan menggunakan kod nombor. Beliau turut berkata peranti akan meminta kod masuk apabila Face ID tidak digunakan dalam masa 48 jam atau dihidupkan semula selepas dimatikan. Kegagalan mengimbas wajah selama 5 kali turut akan menyahaktifkan Face ID, Ini adalah sebab mengapa Face ID dikatakan gagal berfungsi ketika demo atas pentas tempohari.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2whXWg1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.