Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tidak Lantik Pihak Ketiga Dalam Urusan Derma - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tidak Lantik Pihak Ketiga Dalam Urusan Derma

KUALA LUMPUR – Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyah mengesahkan bahawa mereka tidak pernah pun melantik mana-mana pihak ketiga sebagai ejen dalam urusan pengutipan derma.

Timbalan Pengetuanya, Roslan Awang Ali menyelar dakwaan mengatakan adanya pihak ketiga dilantik untuk mengutip derma sebagai bantuan kejadian kebakaran yang mengorbankan 23 penghuninya baru-baru ini.

Sebaliknya, beliau memberitahu segala aktiviti kutipan derma adalah atas inisiatif pusat tahfiz berkenaan sendiri melalui akaun rasmi atas nama Darul Quran Iftifaqiyyah.

“Kami tahu ada pihak yang memanipulasikan insiden sebegini dengan matlamat mahu mengisi kantung poket mereka sendiri,” katanya dilaporkan Berita Harian.

Dalam pada itu, beliau turut akui menerima aduan daripada orang awam berkaitan terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mengutip derma tanpa kebenaran daripada pihaknya.

“Kami ada terima aduan seorang mak cik yang datang melawat tadi. Dia dakwa ada individu datang ketuk pintu rumahnya kerana ingin kutip derma atas nama Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyah.

“Ada juga pihak tertentu, antaranya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengutip derma tanpa kebenaran kami. Ingin kami tegaskan sekali lagi, kami tidak pernah melantik pihak ketiga,” ujarnya.

Bagi sesiapa yang ingin menyalurkan bantuan atau memberi sebarang sumbangan, boleh datang terus ke pusat tahfiz berkenaan atau dimasukkan melalui akaun Bank CIMB bernombor 8602299587.

BACA : ‘Memang Nombor Akaun Bank Ittifaqiyah’

Sementara itu, Roslan merakamkan ribuan penghargaan kepada semua pihak yang berterusan membantu bukan sahaja daripada segi kewangan malah sokongan psikologi juga. – http://ift.tt/2xc7oy3

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x7N6q0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.