Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lady Gaga Dikejarkan Ke Hospital - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lady Gaga Dikejarkan Ke Hospital

PENYANYI sensasi Lady Gaga terpaksa membatalkan konsertnya yang berlangsung di Barra Olympic Park, Rio di Brazil pada Jumaat.

Gaga terpaksa berbuat demikian kerana sakit mengejut yang memaksa dirinya dikejarkan ke hospital.

Menerusi foto yang dimuat naik di laman Instagram @ladygaga, dia memberitahu sakitnya kali ini agak luar biasa sehingga perlu membatalkan konsert tersebut.

Tulis pengendali laman sosialnya itu, Gaga mengalami beberapa kesakitan fizikal sehingga menganggu keupayaannya untuk membuat persembahan di Rock In Rio.

“Gaga kini sedang dalam pengawasan pakar perubatan, malah dia menyampaikan salam sayang kepada semua peminat di Rio yang sentiasa memahami dan menyokongnya,” katanya menerusi foto tersebut.

Menerusi posting yang lain, penyanyi lagu Poker Face ini menjelaskan dia tidak begitu sihat untuk menjayakan konsert tersebut, malah berjanji untuk menjayakan konsert di tempat yang sama pada masa akan datang.

“Saya sanggup lakukan apa sahaja untuk anda (peminat) tetapi saya juga perlu menjaga badan saya sekarang ini, saya janji akan datang lagi nanti,” tulisnya.

Pembatalan konsert ini membuatkan ramai peminat Lady Gaga yang kecewa.

Walau bagaimanapun, mereka tetap meninggalkan komen mendoakan agar penyanyi kesayangan mereka ini cepat sembuh dan kini Gaga masih menerima rawatan di hospital.

Dalam posting terbaharu, Gaga memuat naik foto tatu di lehernya yang tertulis perkataan RIO yang bermaksud negeri di Brazil itu sudah dekat di hatinya.

The post Lady Gaga Dikejarkan Ke Hospital appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jwIqH1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.