Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lagi penerjun cedera, jatuh bumbung di Sibu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lagi penerjun cedera, jatuh bumbung di Sibu

Seorang penerjun melepasi bangunan sebuah hotel selepas mengambil bahagian dalam Sibu Base Jump 21 Sept 2017. — Foto BernamaSeorang penerjun melepasi bangunan sebuah hotel selepas mengambil bahagian dalam Sibu Base Jump 21 Sept 2017. — Foto BernamaSIBU, 24 Sept — Orang ramai yang membanjiri Dataran Bandar Sibu Fasa 1 untuk menyaksikan acara terjun Sibu BASE Jump 2017 gempar apabila seorang penerjun tersasar dari kawasan pendaratan ketika melakukan terjunan tengah hari tadi.

Ben Gingold, 25, dari United Kingdom itu mendarat di atas bumbung laluan pejalan kaki berhampiran Wisma Sanyan setinggi 126 meter yang menjadi platform bagi acara terjun itu.

Mangsa yang mengalami luka di tangan kanan diturunkan oleh anggota Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Pertahanan Awam sambil dibantu penerjun yang lain.

Dia kemudiannya dibawa ke sebuah bilik rawatan khas di situ sebelum dihantar ke Hospital Sibu.

Acara itu sempena Tahun Melawat Sibu 2017 dianjurkan Kumpulan Petugas Pelancongan Bahagian Sibu dengan penyertaan 90 penerjun dari luar dan dalam negara.

Dalam terjunan ujian Jumaat lalu, penerjun Australia, Gary Favre, 42, cedera pada kaki dan pahanya selepas beliau melanggar dan tersangkut pada tingkap kaca Tingkat 15 Wisma Sanyan.

Semalam pula penerjun Kanada, Braden Dean, 31, mengalami sakit belakang apabila mendarat di dataran tersebut. — Bernama



Sumber Lagi penerjun cedera, jatuh bumbung di Sibu

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xyEHh4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.