Hi! Welcome Back and Stay Tune! Maut Selepas Terlalu Gembira Lamaran Diterima Kekasih - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Maut Selepas Terlalu Gembira Lamaran Diterima Kekasih


MALANG tidak berbau, seorang lelaki berusia 32 tahun maut selepas terjatuh dari sebuah jambatan di Jepun, ketika meraikan kegembiraan kerana kekasihnya menerima lamarannya.

Lelaki yang tidak dinamakan itu, terjatuh hanya beberapa saat selepas melamar teman wanitanya.

Dia terjatuh 100 kaki ke dalam laut di jambatan yang menghubungkan Miyako dan Pulau Irabu di Okinawa.

Kejadian itu berlaku di atas jambatan Irabu sepanjang 2.1 batu. Menurut laporan media, ketika itu mereka sedang menaiki kereta apabila lelaki itu meminta teman wanitanya yang sedang memandu kereta, menghentikan kenderaan itu di tepi jambatan Irabu.

Selepas itu mereka keluar dari kereta untuk menikmati pemandangan laut dan di saat itu dia mengejutkan wanita terbabit dengan mengeluarkan cincin dan melamarnya.

Tatkala lamaran diterima lelaki tersebut telah melompat ke atas pagar jambatan dan gagal mengimbangi badan lalu terjatuh ke dalam laut.

Mayatnya ditemui tujuh jam kemudian. – MYNEWSHUB.CC


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wIWMbT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.