Mesin Pencetak Canon PIXMA E3170 Dilancarkan Dengan Sokongan WiFi
Kita kini semakin hampir hidup di dalam dunia tanpa kertas. Tetapi di dalam situasi tertentu, mesin pencetak masih diperlukan terutamanya di pejabat. Oleh itu mesin pencetak harus berevolusi selari dengan keperluan pengguna. Mesin pencetak Canon PIXMA E3170 baru sahaja memasuki pasaran Malaysia dan boleh berfungsi dengan sokongan Wifi dan mencetak terus dari telefon pintar serta tablet.
Canon PIXMA E3170 mampu mencetak 400 keping dokumen tanpa warna dan 120 keping dokumen berwarna dengan setiap katrij. Sokongan Wifi membolehkan ia mencetak dokumen dari komputer dan peranti pintar tanpa sambungan kabel. Aplikasi peranti pintar Selphy membolehkan dokumen dicetak dari telefon pintar serta tablet. Di Malaysia Canon PIXMA E3170 dijual pada harga RM370 bermula 27 September ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wRlh3c
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment