Hi! Welcome Back and Stay Tune! Najib dedah pertahan Subromaniam jadi bos kastam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Najib dedah pertahan Subromaniam jadi bos kastam

Datuk Subromaniam Tholasy dilantik ketua pengarah kastam pada Mac menggantikan Datuk Seri Khazali Ahmad. — Foto oleh Ahmad ZamzahuriDatuk Subromaniam Tholasy dilantik ketua pengarah kastam pada Mac menggantikan Datuk Seri Khazali Ahmad. — Foto oleh Ahmad ZamzahuriKUALA LUMPUR, 24 Sept — Datuk Seri Najib Razak mendedahkan jawatan ketua pengarah kastam terpaksa dipertahankan walau mendapat tentangan pihak tertentu.

Perdana menteri berkata tidak wajar pelantikan Datuk Subromaniam Tholasy diketepikan hanya atas alasan kaum berbanding pengalaman sebagai penjawat awam.

“Saya berani cakap. Bila nak lantik ketua pengarah kastam pun susah. Saya terima petisyen, jangan lantik orang India jadi ketua pengarah kastam.

“Saya kata tidak boleh. Beliau paling kanan, beliau layak. Saya pegang pada pendirian. Ketua pengarah kastam ialah seorang warga Malaysia dari kaum India. Ini realiti,” katanya.

Najib berkata demikian di hadapan 2,000 perwakilan di Perhimpunan Agung MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Subromaniam dilantik ketua pengarah kastam pada Mac menggantikan Datuk Seri Khazali Ahmad.

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) sebelum ini dilaporkan menyerahkan memorandum kepada Yang diPertuan Agong bagi menggesa jawatan ketua kastam itu diisi pegawai Melayu.

NGO berkenaan meminta timbalan ketua pengarah Datuk Zulkifli Yahya dilantik ke jawatan nombor satu agensi kerajaan itu.

Baca selanjutnya di Malay Mail Online.



Sumber Najib dedah pertahan Subromaniam jadi bos kastam

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xtO0gL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.